Bangi, 29hb Mac 2009 : Ikatan Intelektual Nusantara [IKIN] dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia [HTM} telah menganjurkan satu seminar 3 Mac 1924 yang bertemakan, Khilafah : Kefardhuan yang dilalaikan. Seminar ini merupakan sebahagian daripada siri- siri seminar yang dianjurkan oleh HTM di beberapa negeri di Malaysia.Diantara tujuan penganjuran seminar ini adalah untuk menjelaskan kepada umat apakah itu khilafah dan kefardhuan ke atas mereka untuk mengembalikannya setelah lebih dari 85 tahun umat Islam hidup tanpa khilafah. Selain itu seminar ini juga bertujuan untuk memperingati peristiwa hitam dalam lipatan sejarah umat Islam pada 3 Mac 1924, dimana daulah Islam yang telah menaungi, menjaga dan melindungi umat Islam khususnya dan manusia amnya selama lebih dari 1300 tahun sejak didirikan oleh Rasulullah di Madinah.
Seminar yang diadakan di dewan Cempaka PKNS, Bandar Baru Bangi ini telah dihadiri sekitar 300 orang sejak pukul 8.30 pagi dan selesai pada pukul 1.30 tengahari.

Pada seminar ini dua pembicara dari Hizbut tharir Malaysia [HTM] telah dijemput dimana pembicara pertama ialah Ust Luqman Hakim membentangkan tajuk, Khilafah : Kefardhuan yang dilalaikan dan pembicara kedua adalah Ust Ahmad Mustafa yang menyampaikan tajuk, Thariqah/Metode mengembalikan Khilafah. Antara aktiviti-aktiviti lain yang disediakan oleh phiak penganjur adalah tayangan multimedia yang memaparkan sejarah umat Islam, konspirasi musuh-musuh Islam menjatuhkan Khilafah/Islam, kesengsaraan umat yang hidup tanpa Khilafah dan seruan kebangkitan mengembalikan khilafah.

Pameran khas sempena 3 Mac 1924 iaitu Mengenal Khilafah, Sistem pemerintahan Islam dan Mengenal Hizbut tahrir : Sebuah parti politik Islam Sedunia dan bahan-bahan terbitan Hizbut Tahrir Malaysia, disamping pameran muslimah HTM. Dikesempatan ini pihak penganjur ingin merakamkan jutaan terim kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan seminar ini dan semoga ia akan memberi manfaat dan kesedaran yang membekas kepada umat Islam di dalam menuju kebangkitan sebenar. InsyaAllah.

Advertisements
Posted by: Berita Terkini | Mac 29, 2009

Pemuda Harapan atau Pemuda Pemusnah?

KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang. ‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.
‘‘Walaupun (saya) bertanding atas (slogan) Setiakawan, ada Berani Berubah (slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir) dan Pemuda Berani (oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam ini. Difahamkan dalam pertandingan itu, Mohamad Khir memperoleh 254 undi manakala Mukhriz meraih 232 undi.

Dalam ucapannya pada majlis yang turut dihadiri Mukhriz tanpa kelibat Mohamad Khir itu, Khairy mengungkapkan:  ‘‘Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama saya untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada tiga pilihan raya kecil nanti (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai).

‘‘Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) semalam kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kena bersama-sama saya.’’

Kepada Pemuda Setiakawan (para penyokongnya), Khairy secara sentimental mengungkapkan:

‘‘Satu ketika dulu ada yang tulis kata saya tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)…habis, pencalonan (yang diterima saya) nyawa-nyawa ikan.

‘‘Bila turun ke bawah, arus menentang (kata mereka) tapi saya kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan (para penyokongnya), lama dah kita tinggalkan (UMNO).’’

Sumber : Utusan Malaysia, 26/03/2009

Ulasan

Pemenang sudah diketahui dan yang kalah sedikit terkilan tetapi masih mampu tersenyum, itulah lumrah pertandingan dan perebutan sesuatu jawatan di dalam mana-mana organisasi. Di dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam tadi, Khairy Jamaludin selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah menyeru pihak-pihak yang bertanding supaya bersatu untuk menentang dan berdepan dengan parti-parti pembangkang di dalam pilihanraya nanti.

Seruan ini dibuat atas dasar kepentingan (ikatan maslahat) sesaat, yang PASTI akan hancur apabila maslahat atau kepentingan tersebut sudah tercapai. Ikatan ini tidak membawa kebaikan dan keuntungan yang berpanjangan kerana ia adalah ikatan yang batil dan langsung tidak mempunyai nilai dalam membangkitkan umat. Ikatan yang sebenar yang PASTI akan membawa kepada kebaikan yang berpanjangan adalah ikatan yang berasaskan kepada suatu mabda’ atau ideologi yang telah menyatukan umat manusia dari Indonesia hingga ke Sepanyol di bawah satu aqidah dan matlamat yang satu – ISLAM – hidup untuk Islam dan mati kerana Islam. Dengan asas inilah kita telah melihat Daulah Islam menjadi satu ” *super power*” yang digeruni oleh kawan dan lawan dalam masa yang begitu singkat sejak Rasulullah mendirikannya di Madinah.

Posted by: Berita Terkini | Mac 29, 2009

UMNO-Lah Petualang!

KUALA LUMPUR 25 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO bertekad menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh petualang bangsa yang tergamak menyemai benih kebencian, menghina tanah air serta mempersendakan institusi raja demi memuaskan nafsu rakusnya.

Begitulah tekad atau azam atau resolusi atau apa jua istilah yang senada dengannya bagi menggambarkan semangat Pemuda UMNO tatkala di dalam majlis gilang gemilang parti tersebut. Hakikatnya, laungan, seruan dan teks ucapan adalah tak lebih dari retorik, janji palsu, penipuan, pembohongan dan omong kosong.
Sejarah mampu mengukir pencapaian UMNO dalam perjuangannya. Sejarah tidak akan berbohong untuk mengatakan UMNO gagal meletakkan status Melayu lebih maju dan terkedepan berbanding bangsa lain. Melayu masih tercorot dalam segala hal, termasuk bertambahnya kebejatan moral di kalangan mereka.

Semua ini berlaku kerana Islam tidak diambil sebagai agenda perjuangan. UMNO yang didasarkan pada perjuangan bangsa sudah pasti tidak akan mendukung Islam kerana Islam merupakan duri baginya. Islam mengharamkan ashobiyyah, politik wang, rasuah, kronisme, nepotisme, monopoli dan lain-lain penyakit sosial yang telah menjadi darah-daging UMNO selama ini. Islam dilihat sebagai ‘musuh’ yang tidak mungkin diperjuangkan oleh para pemimpin UMNO. Akibatnya, wujud monopoli kuasa, kronisme, nepotisme, rasuah dan pelbagai penyakit sosial samada di dalam parti mahupun jentera pentadbiran negara. Nah! Siapakah sebenarnya petualang?

Posted by: Berita Terkini | Mac 26, 2009

Hanya golongan celaka sokong PPSMI

Posted by: Berita Terkini | Mac 26, 2009

Malang janda sepi

JOHOR BAHRU: Seorang kasanova yang menggelar dirinya ‘penyelamat ibu tunggal’ dikatakan memiliki kepakaran luar biasa apabila berupaya menggoda wanita sepi hingga menjadi pemuas nafsu serakahnya.

Wanita terbabit sanggup berhabis wang ringgit demi cinta mereka dengan lelaki hidung belang terbabit.

Lelaki berusia 46 tahun itu pernah ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) selain beberapa mangsa membuat laporan polis di Johor Bahru dan Maran, Pahang mengenai kegiatannya itu.

Namun, dia masih tetap melakukan kegiatan tidak bermaruah itu dengan mencari mangsa baru. Lelaki mata keranjang itu begitu mudah menjerat mangsa, terutama janda muda dengan hanya menaburkan janji kononnya mahu memberi kehidupan baru kepada wanita yang sedang dahagakan kasih sayang serta perlindungan lelaki. Dia yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak menggunakan talian khidmat mencari rakan sembang sebagai taktiknya untuk menjerat wanita sepi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini dan IPD Maran ketika dihubungi mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, pula menyatakan lelaki terbabit dicekup bersama seorang wanita kerana berkhalwat sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah tahun lalu.

“Dia ditangkap penguat kuasa agama JAJ kerana melakukan jenayah syariah pada 29 Jun 2007 bersama wanita berusia 39 tahun. Mereka didapati bukan mahram ketika ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Wartawan Harian Metro menemubual seorang bekas kekasih lelaki itu dikenali sebagai Zainab, 35.

Zainab yang bekerja sebagai jurujual menyifatkan hidupnya sepanjang enam tahun lalu bersama lelaki itu umpama dalam neraka.

“Saya yakin dia mengamalkan ilmu songsang sehingga berjaya mempengaruhi saya untuk menyerahkan wang RM10,000 secara berperingkat bagi membantunya setiap kali menghadapi masalah.

“Ketika dipujuk rayu, saya seperti terpukau dan cepat simpati terhadapnya walaupun banyak kali memberikan wang simpanan dan gaji kepadanya,” katanya yang membuat laporan dua kali termasuk di Balai Polis Kulai pada 12 Februari dan 24 Disember 2008 di Balai Polis Bandar Seri Alam Masai di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkenalan dengan lelaki itu yang mulanya dianggap sebagai pengganti teman hidup selepas bercerai dengan suami, mengundang pelbagai masalah tidak berkesudahan.

“Dia pandai bermain kata-kata dan berlagak romantik bagi memenangi hati saya supaya percaya janji manisnya.

“Malah, dia turut memenangi hati dua anak saya berusia 12 dan 13 tahun apabila sering datang ke rumah untuk menjenguk mereka.

“Akibat cair dengan ayat cinta yang selalu dilafazkan setiap kali bertemu, saya akhirnya tunduk kepada kehendaknya sehingga sanggup bersekedudukan selepas dijanjikan mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidup Zainab apabila tanpa disedari, lelaki itu mengikis semua wang simpanannya sebelum terbongkar rahsia dia sebenarnya sudah beristeri dan mempunyai anak.

Selepas mengetahui status sebenar lelaki terbabit, katanya, dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mudah mengalah lalu menimbulkan pelbagai gangguan secara berterusan.

Lebih mengejutkan Zainab apabila isteri lelaki terbabit turut bersekongkol.

“Dia bertindak di luar batasan, termasuk mengugut dan memukul saya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang enggan lagi meneruskan hubungan.

“Pada 12 Februari tahun lalu, saya ditampar manakala 24 Disember lalu, dia bersama isterinya menyerang saya di sebuah pasar raya di Masai sebelum pertengkaran itu dileraikan pengawal keselamatan,” katanya.

Zainab berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua anaknya memahami keadaan dan memberikan semangat untuk meneruskan hidup walaupun masih diganggu lelaki buaya darat itu.

Dia difahamkan ada ramai ibu tunggal menjadi mangsa kasanova terbabit, termasuk seorang yang bergelar Datin di Gombak untuk mendapatkan wang mudah daripada wanita berduit.

http://www.hmetro.com.m

Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Wed | Mar 25, 09 | 4:13:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) – Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.

Ketia-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Dato’ Mahfuz Omar, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan Timbalan Setiausaha Publisiti Nasional DAP Teo Nie Ching.

Mahfuz dalam ucapan ringkasnya mendesak agar dihapuskan kuasa Menteri Dalam Negeri menggantung atau menarik balik permit sesebuah akhbar.

“Sudah tiba masanya kuasa memberi dan menarik permit sesebuah penerbitan bercetak diserahkan kepada mahkamah bukan kepada menteri.

“Jika kuasa masih berada di tangan menteri, apa yang berlaku hari ini akan berulang lagi di mana tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan yang jelas bermotif politik,” tegas beliau.

ImageBeliau juga menegaskan Malaysia perlu mencontohi negara-negara maju yang lain di mana sesiapa saja atau mana-mana pertubuhan boleh menerbitkan akhbar dengan syarat perlu sanggup menghadapi risiko diheret ke mahkamah.

Jika situasi itu dibenarkan di negara ini tegas Mahfuz, perkembangan informasi dan sebahagian dari kedaulatan demokrasi dapat ditegakkan.

Sementara itu, Tian Chua pula menegaskan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri ini dibuat ekoran daripada piliharaya kecil yang bakal diadakan di tiga tempat.

Tegas beliau, KDN hingga hari ini masih gagal membuktikan dimanakah kewajaran tindakan tersebut dibuat dan tidak dapat membuktikan berita atau rencana yang mana yang berunsur fitnah.

“KDN telah bertindak tanpa mempedulikan hasrat rakyat yang mahu merayakan informasi dengan sebebas-bebasnya,” tegas beliau.

ImageManakala Nie Ching pula mendesak agar KDN tidak lagi bertindak seperti hakim yang menghukum mana-mana akhbar yang tidak sehaluan dengan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan untuk menjaga kebebasan media.

“Tindakan KDN ini juga telah menyekat parti-parti pembangkang daripada menyalurkan informasi kepada ahli-ahlinya,” tegas beliau.

Harakah dan Suara Keadilan merupakan lidah rasmi PAS dan KeADILan yang digantung permitnya selama tiga bulan bermula 23 Mac lalu manakala DAP yang memiliki akhbar Roket pula tidak disambung permit penerbitan hingga ke hari ini.

Memorandum bantahan Pakatan Rakyat itu diterima oleh Setiausaha Suhakam, Hashimah Nik Jaffar.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, Setiausaha Agung PAS Pusat Dato’ Kamaruddin Jaffar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Fariz Musa, Ahli Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrain dan beberapa pimpinan lain. – mns

http://www.harakahdaily.net

Posted by: Berita Terkini | Mac 26, 2009

Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy

KHAIRY Jamaluddin yang diumumkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru dijulang oleh para penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. Beliau menewaskan dua pesaingnya iaitu Mukhriz Mahathir dan Dr. Mohamad Khir Toyo.


KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang.

‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.

‘‘Walaupun (saya) bertanding atas (slogan) Setiakawan, ada Berani Berubah (slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir) dan Pemuda Berani (oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam ini.

Difahamkan dalam pertandingan itu, Mohamad Khir memperoleh 254 undi manakala Mukhriz meraih 232 undi.

Dalam ucapannya pada majlis yang turut dihadiri Mukhriz tanpa kelibat Mohamad Khir itu, Khairy mengungkapkan:

‘‘Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama saya untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada tiga pilihan raya kecil nanti (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai).

‘‘Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) semalam kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kena bersama-sama saya.’’

Kepada Pemuda Setiakawan (para penyokongnya), Khairy secara sentimental mengungkapkan:

‘‘Satu ketika dulu ada yang tulis kata saya tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)…habis, pencalonan (yang diterima saya) nyawa-nyawa ikan.

‘‘Bila turun ke bawah, arus menentang (kata mereka) tapi saya kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan (para penyokongnya), lama dah kita tinggalkan (UMNO).’’

http://www.utusan.com.my

Posted by: Berita Terkini | Mac 26, 2009

Janji suntik semangat baru

DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil melambaikan tangan kepada perwakilan selepas dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO pada Persidangan Perwakilan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.Shahrizat yang sebelum ini merupakan Naib Ketua melakukan kejutan apabila mengetepikan cabaran penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dengan majoriti 227 undi. – UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Wanita UMNO yang baru, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjanji memberi kekuatan kepada parti melalui suntikan semangat Wanita UMNO di peringkat cawangan dan bahagian.

Katanya, Wanita UMNO pastinya akan berubah bersama-sama kepimpinan parti dan memberi sokongan penuh kepada Presiden baru parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami akan memberi kekuatan yang diperlukan oleh beliau. Kami akan menjadi tentera beliau di peringkat bawah.

“Saya akan bekerja keras bersama-sama 1.3 juta ahli Wanita, menyegarkan semula semangat Wanita yang akan memberi kekuatan kepada UMNO,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru apabila mengalahkan penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz dengan majoriti 227 undi pada pemilihan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Shahrizat yang mengakui terkejut dengan majoriti besar yang diperolehinya berkata, ia adalah hasil keputusan bijak para perwakilan yang mendengar kehendak rakyat di peringkat akar umbi yang mahu perubahan dalam sayap parti itu.

Ditanya sama ada Rafidah akan ditawarkan sebarang jawatan, beliau berkata, ia akan diputuskan kemudian.

Namun, katanya, beliau akan berjumpa Rafidah untuk berbincang bagaimana bekas Ketua Wanita itu boleh bersama-sama dengan beliau untuk menyumbang kepada pergerakan itu.

Ditanya sama ada keputusan perwakilan Wanita memilih beliau sebagai menidakkan restu Najib terhadap Rafidah, Shahrizat berkata, ucapan tersebut membawa maksud yang umum dan terpulang kepada pihak yang mentafsirkannya.

Katanya, beliau telah berada dalam Wanita UMNO sejak 30 tahun lalu dan telah mengenali kebanyakan ahli dan pemimpin dalam sayap parti itu.

Ditanya apakah perubahan yang bakal dibawa beliau, Shahrizat berkata, tunggu dan lihat kerana beliau tidak akan menyatakannya sekarang dan media perlu mengikuti perkembangannya selangkah demi selangkah.

Beliau berkata, antara tiga perkara utama yang akan dilaksanakan ialah menangani isu wanita dan keluarga Islam, ekonomi selain tumpuan kepada isu nasional.

Katanya, Wanita UMNO juga sedia bekerjasama dengan sayap dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sudi bergandingan dengan mereka.

Ditanya mengenai jawatan Kabinet, Shahrizat berkata, ia tidak terlintas di fikirannya dan beliau belum terfikirkannya.

Terdahulu, dalam ucapan kepada perwakilan selepas kemenangannya, Shahrizat berkata, beliau dan pasukan barunya tidak akan sesekali meminggirkan sesiapa pun di dalam Wanita UMNO.

http://www.utusan.com.my

Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Golok

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki warga emas berketurunan Siam yang dikatakan baru pulang berhibur di negara jiran dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Golok di kawasan Kampung Kuala Itik di sini, semalam.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ah Chot, 60, dikatakan cuba menyeberangi sungai itu dengan berenang bersama dua lagi rakannya yang berusia dalam lingkungan 50-an.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Ghani Mamat berkata kejadian dilapor berlaku jam 5.30 petang.

“Dua lagi rakannya sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada akar pokok tetapi gagal membantu menyelamatkan mangsa yang dibawa arus,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. – Bernama

Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan warga negara Nigeria dijatuhi hukuman penjara 15 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat penipuan melalui Internet.Peace Okotie, 26, didakwa cuba menipu seorang pembantu tadbir, Buang Md Sayuti, 42, dengan mendakwa dia boleh menguruskan proses membawa masuk wang hadiah Microsoft bernilai US$1 juta yang kononnya dimenangi oleh Buang.

Pegawai pendakwa Azimul Azimi Md Nor memberitahu mahkamah bahawa Buang menerima e-mel yang kononnya daripada Microsoft menyatakan bahawa dia menjadi pemenang wang tunai US$1 juta bagi cabutan ulang tahun Microsoft 2008 yang dibuat di Stadium Stamford Bridge, London.

Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

Gantung Harakah, Suara Keadilan: BN tidak ‘gentlemen’

Bashir Ishak
Tue | Mar 24, 09 | 3:38:02 pm MYT

KANGAR, 24 Mac (Hrkh) – Penggantungan akhbar Harakah dan Suara KeADILan selama tiga bulan jelas membuktikan kegerunan kerajaan Umno-BN terhadap perkembangan penyaluran maklumat kepada rakyat melalui media alternatif.

Perkara demikian dinyatakan oleh Ahli Majlis Syura PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin yang melihat arahan penggantungan tersebut menggambarkan sikap tidak “gentleman” kerajaan Umno-BN.

“PAS Perlis melahirkan rasa kesal dengan penggantungan tersebut dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak bersifat “gentleman” dalam pertembungan dengan pembangkang dalam menangani isu-isu rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat manyifatkan penggantungan ini disebabkan pengaruh yang mendalam terhadap perubahan minda masyarakat hasil daripada berita dan artikel yang disiarkan kedua-dua akhbar tersebut yang boleh merugikan pihak kerjaan Umno-BN.

“Walaupun mereka ada media arus perdana seperti akhbar harian dan televisyen, namun mereka masih gagal menangkis apa yang dipaparkan melalui Harakah dan Suara KeADIlan. Jadi, mau tak mau kena gantunglah kedua-dua akhbar ni,” katanya.

Selain itu beliau juga melihat antara isu hebat yang membimbangkan pemimpin Umno-BN ialah pemaparan isu Altantuya Shaariibuu dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

“Isu ini sampai sekarang tidak pernah dinafikan atau ditolak dan ini amat mebimbangkan mereka khususnya dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil (PRK) tak lama lagi.

“Bagaimanapun, saya yakin jentera pilihann raya Pakatan Rakyat mampu untuk membuat pendedahan dan menguasai sumber maklumat untuk memberikan kepada pengundi walaupun tanpa Harakah dan Suara KeADILan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Hashim berkeyakinan penuh bahawa tindakan penggantungan ini akan menjadikan rakyat lebih membenci kerajaan Umno-BN sehingga memberikan keputusan yang lebih baik dalam PRK khususnya di BUkit Gantang dan Bukit Selambau.

“Umno-BN ni lebih selesa untuk menutup segala kelemahan mereka dengan mengadakan pelbagai sekatan. Langkah seperti ini mungkin berkesan pada tahun 1970-an dan 80-an dulu, tapi tidak sekarang.

“Kini rakyat semakin sedar dan sentiasa dahagakan maklumat tepat yang mereka boleh perolehi dari media alternatif sama ada akhbar atau internet. Sekatan sebegini akan menjadi rakyat semakin membenci mereka dan akan diterjemahkan melalui majoriti yang lebih meningkat di Bukit Gantang dan BUkit Selambau nanti,” ujarnya lagi. – mns_

http://www.harakahdaily.net

Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Mar 24, 09 | 6:04:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) – Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan bantahan keras terhadap tindakan pengantunggan Harakah dan Suara Keadiaan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara surat yang dihantar kepada kedua akhbar itu tidak memberi alasan apa-apa , ternyata Menteri KDN, Dato’ Seri Syed Hamid Albar tidak dapat berselindung lagi, bahawa berita yang didedahkan oleh kedua akhbar tersebut telah mengancam kepentingan pihak yang terlibat.

Demikian kata Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya kepada Harakah hari ini.

Teras tidak nampak kenapa tindakan ini perlu diambil secara autokratik sedangkan pihak kerajaan mempunyai saluran membawa pengurusan akhbar tersebut ke muka pengadilan jika benar apa yang didedahkan menyalahai undang-undang,katanya.

“Jelas hanya beberapa hari sahaja Najib akan mengambilalih kuasa , tindakan ini menunjukkan bahawa beliau ingin bertindak melampau dari polisi terbuka yang diambil sedikit sebanyak oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,” tegasnya.

Sementara itu tindakan membiarkan pihak polis bertindak keras kepada perarakan 100,000 rakyat yang membantah PPSMI pada 7 Mac 2009 yang lalu dan juga terhadap ceramah-ceramah yang ingin dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat membanyangkan Negara akan berada di bawah pemerintahan yang akan beralih kepada sifat autokratik.

Teras melihat tindakan menggantung dua akhbar tersebut adalah tindakan politik bukan tindakan peraturan seperti yang cuba diketengahkan, katanya.

“Kami dengan itu mengesa rakyat agar Negara ini jangan dibiarkan dicampak ke dalam era pemerintahan kuku besi hanya kerana pihak kerajaan sedia ada tidak mahu kehilangan kuasa, katanya.

Jika setelah 52 tahun merdeka pihak kerajaan masih merasa rakyat belum mampu berfikir secara matang dari segi menilai maklumat maka nyata kerajaan Umno/BN sudah tidak mempunyai kredibiliti lagi untuk memerintah, katanya. – mks._

http://www.harakahdaily.net

Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

‘Pilih pemimpin diyakini rakyat’

Abdullah minta perwakilan serius mengundi, utama kepemimpinan terbaik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan perwakilan Umno supaya memilih kepemimpinan yang dapat memberi keyakinan kepada parti dan rakyat untuk meneruskan agenda perjuangan, khususnya bagi memulihkan ekonomi negara.

Perdana Menteri menegaskan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno serta Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mesti serius ketika mengundi dan mengutamakan yang terbaik untuk parti dan rakyat.

“Keyakinan rakyat amat penting dan dengan pemilihan yang dibuat itu, insya-Allah kita dapat meneruskan perjuangan dan apa juga yang menjadi agenda negara dengan sebaiknya.

“Kepemimpinan yang dipilih itu bukan hanya sekadar untuk ahli parti yang suka atau yang diyakini, tetapi kita mesti fikir juga bahawa kepemimpinan Umno nanti ada peranan besar dalam kerajaan dan menjadi pemimpin negara.

“Apabila tiba masa untuk menjalankan tanggungjawab, lakukan dengan lafaz Bismillah dan dengan hati yang suci demi kepentingan parti dan perjuangan,” katanya pada sidang media selepas memberi Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Taklimat selama 30 minit itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan semua kepemimpinan tertinggi parti.

Perdana Menteri berkata, beliau memberi taklimat paling pendek kerana mahu perwakilan mengingati tanggungjawab diamanahkan ahli Umno di bahagian masing-masing ketika memilih barisan kepemimpinan parti.

Abdullah berkata, dalam taklimat itu beliau juga mengingatkan perwakilan supaya menghapuskan persengketaan sesama sendiri.

Katanya, ahli Umno yang bertelagah, mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan masa depan parti, sebenarnya yang merosakkan parti itu.

Malah, katanya, keburukan pemimpin Umno disebarkan oleh ahli Umno sendiri menerusi pelbagai cara, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat layang sehingga pihak pembangkang mengambil kesempatan terhadapnya.

“Kita mengasah kebolehan untuk bercakaran. Apa yang berlaku dan melemahkan Umno adalah dari dalam Umno itu sendiri. Bukan orang lain. Kita hantar bola tanggung dan orang lain ‘smash’ lah. Yang merosakkan susu sebelanga bukan kerana nila sebelanga, tapi hanya nila setitik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli Umno melakukan perubahan pada diri sendiri terlebih dulu sebelum melakukan sebarang perubahan pada parti itu.

“Jika hendak melakukan perubahan dalam Umno, lakukan perubahan pada hati dan perangai terlebih dulu. Bukan cakap lain, bikin lain. Kita mahu pewaris dalam Umno menambah nilai dalam perjuangan kita dan kejayaan kita,” katanya.

Mengenai proses peralihan kepada timbalannya, Abdullah berkata, beliau tahu apa yang hendak dibuat dan tidak mahu ada pihak mengganggunya.

Mengenai perasaannya ketika taklimat terakhir itu, Perdana Menteri berkata, beliau bukan jenis orang yang sentimental.

Mengulas usaha pihak tertentu yang ingin menghalang perhimpunan Umno, Abdullah berkata, perkara itu tidak akan berlaku dan tidak harus dipercayai.

http://www.bharian.com.my

Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

Berubah atau rebah

  • Najib mahu Umno perbetul visi, hala tuju
  • Ubah sistem kuota, beri akar umbi hak memilih

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Razak menegaskan, Umno mesti berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu.

    Timbalan Presiden Umno berkata, situasi hari ini menuntut parti itu sebagai wahana perdana politik orang Melayu, memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah untuk mengubah semula Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.”Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.

    “Berubahlah, jika tidak, kita rebah,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

    Dalam ucapan bertemakan ‘Menakhoda Zaman’, yang terakhir olehnya selaku Timbalan Presiden Umno sebelum mengambil alih kepemimpinan parti apabila perhimpunan agung berakhir Sabtu ini, Najib berkata prestasi terburuk parti pada Pilihan Raya Umum ke-12 berkait rapat dengan kelemahan yang menular dalam Umno.

    Pada persepsi ramai, katanya, hala tuju Umno menyimpang jauh daripada perjuangan asal, menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama Umno menukar haluan mereka. Justeru, tugas perwakilan kali ini paling berat dalam sejarah Umno kerana ia bakal menentukan survival parti.

    “Berbeza tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan. Bukan pula sekadar kedudukan atau status mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri.

    “Keputusan bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah atau menjadi sebahagian lipatan sejarah,” katanya sambil meminta perwakilan memilih pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi.

    Najib turut menggariskan dua langkah segera bagi memperbetulkan semula visi dan hala tuju Umno. Langkah pertama, ialah mengemas kini pendidikan dan pengkaderan politik pada semua peringkat ahli supaya mereka mendapat kefahaman secukupnya dan menjadi penyokong celik mengenai sejarah parti, sekali gus mewujudkan kesetiaan berasaskan keyakinan terhadap perjuangan Umno.

    “Kita tidak boleh mengambil mudah proses ini yang sebenarnya menjadi punca kepada jatuh bangun sesebuah tamadun dan bangsa. Jadi, kita perlu memperkukuhkan proses pendidikan dan pengkaderan melalui kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan kurikulum digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps,” katanya.

    Langkah kedua ialah mengubah cara Umno menentukan pemimpin termasuk sistem kuota dengan memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Ketika ini, pemilih bagi perhimpunan Agung Umno hanya di kalangan hampir 2,600 perwakilan dari 191 bahagian.

    “Sudah tentu keputusan yang dibuat perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli Umno pada peringkat akar umbi di seluruh negara. Pada hemat saya, sudah tiba masanya kita mengkaji semula perlembagaan Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepemimpinan dapat disertai lebih ramai ahli semua peringkat,” katanya.

    Timbalan Presiden Umno percaya, cara itu dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa jika ahli Umno ingin parti terus kekal kuat serta mengembalikan mandat pemilih kepada akar umbi.

    “Apabila rakyat berpaut dengan kita, barulah Umno kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

    Beliau berkata, Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang. Pemimpin berkualiti, tetapi tidak rasuah akan terpinggir, manakala parti akan diterajui golongan yang terus mengamalkan budaya itu dalam kepemimpinan.

    “Jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelak pemimpin dan pengikut akan menganggap ia perkara biasa hingga timbul ungkapan ‘beri salah, tidak beri kalah’. Barangkali semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi …

    “Ini bukan gurauan. Kita mesti hapuskan politik wang hingga akar umbi. Jika tidak, nanti kita sama-sama bertanggungjawab mengkafan dan menguburkan Umno,” katanya.

    http://www.bharian.com.my

  • Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

    120 kes masalah rakyat selesai

    KUALA LUMPUR 24 Mac – Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO semakin mendapat kepercayaan orang ramai selepas lebih 120 kes penderitaan masyarakat berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada setahun.

    Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sekretariat tersebut kini disifatkan tempat terbaik untuk masyarakat negara ini menyelesaikan masalah mereka.

    Menurutnya, jumlah keseluruhan kes yang berjaya diselesaikan termasuk menyelamatkan anak-anak gadis yang dilarikan ke negara asing menjadi penanda aras kekuatan sekretariat itu di mata masyarakat.

    ”Inilah tempat terbaik untuk masyarakat membuat aduan. Kami berjanji dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan segala masalah mereka dalam masa yang singkat.

    ”Kami akan membantu semua bangsa dan tidak pernah membezakan mana-mana kelompok masyarakat dalam isu ini. Kami ikhlas dan jelas tentang tanggungjawab yang dipikul,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Terbaru, Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO prihatin terhadap penderitaan bayi berusia lima bulan, Nurul Nasuha Khairon yang menghadapi jantung berlubang di Pusat Perubatan Gleneagles.

    Kos pembedahan sebanyak RM28,000 yang diperlukan berjaya diselesaikan hasil sumbangan pihak sekretariat itu dan beberapa individu serta syarikat yang prihatin

    Tambahnya, sehingga kini, sekretariat itu telah berjaya menyelamatkan 38 anak gadis daripada dilarikan selain 30 kes lagi membabitkan peminjam duit ah long.

    ”Kami luaskan skop pembelaan termasuk masyarakat yang memerlukan bantuan untuk kos rawatan serta golongan orang kurang upaya (OKU).

    ”Kami menjadi jambatan yang mendedahkan pelbagai kes kesusahan rakyat dan membuka ruang kepada orang ramai untuk memberi bantuan sewajarnya,” katanya.

    Ketika ditanya tentang perancangan masa depan, Abdul Azeez menjelaskan, sekretariatnya akan mengadakan peti aduan untuk memberi peluang orang ramai mengemukakan sebarang masalah yang dihadapi.

    ”Kami akan letakkan peti aduan di kompleks membeli belah terpilih dan mahu rakyat rasakan bahawa sekretariat ini sentiasa berada dekat di hati mereka.

    ”Semua kes itu akan diberi perhatian satu persatu. Kita tidak sanggup melihat masyarakat ditimpa masalah tanpa sebarang pihak yang tampil memberikan bantuan,” jelasnya.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

    Tangguh bayaran PTPTN

    KUALA LUMPUR 24 Mac – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menamatkan pengajian serta menerima arahan memulakan bayaran balik pinjaman boleh mengemukakan permohonan untuk menangguhkan bayaran.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu ekoran ekonomi negara yang tidak stabil.

    Sehubungan itu katanya, peminjam yang mempunyai justifikasi kukuh boleh membuat permohonan tersebut.

    Bagaimanapun, beliau menasihatkan peminjam yang masih belum bekerja atau yang menyambung semula pengajian secara sepenuh masa sahaja memohon penangguhan bayaran balik pinjaman itu.

    ”Permohonan daripada peminjam yang menyambung pengajian atau menjalani latihan praktikal serta mendapat bayaran elaun seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), chambering dan seumpamanya tidak akan dipertimbangkan.

    ”Mana-mana peminjam yang memohon penangguhan kerana belum bekerja, tempoh penangguhan yang boleh dipertimbangkan adalah maksimum sehingga dua tahun sahaja,” katanya di sini hari ini.

    Bagaimanapun tempoh penangguhan tersebut katanya, boleh ditamatkan sekiranya didapati peminjam telah bekerja ataupun mempunyai pendapatan yang berpatutan.

    ”Sementara itu, bagi peminjam yang memohon penangguhan kerana menyambung semula pengajian secara sepenuh masa, tempoh penangguhan yang boleh dipertimbangkan adalah sepanjang tempoh pengajian baru yang diikuti.

    ”Peminjam yang masih belum bekerja dan berhasrat untuk mengemukakan permohonan penangguhan bayaran hendaklah kemukakan permohonan secara rasmi kepada PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan pengesahan,” jelasnya.

    Sementara itu, bagi peminjam yang sedang menyambung pengajian secara sepenuh masa pula Mohamed Khaled menjelaskan, mereka hendaklah mengemukakan permohonan rasmi ataupun mengisi borang penangguhan untuk pertimbangan PTPTN.

    ”Hanya borang permohonan lengkap sahaja akan diproses untuk pertimbangan dan borang berkenaan boleh diperolehi melalui laman web PTPTN dan dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan.

    ”Antaranya adalah salinan surat tawaran pengajian, salinan surat tawaran penaja baru, surat pengesahan tarikh tamat pengajian dan salinan transkrip serta sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat,” jelasnya.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

    Umno dicabar letak Zambry lawan Nizar di Bukit Gantang

    Wan Nordin Wan Yaacob
    Tue | Mar 24, 09 | 8:38:15 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) – Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

    “Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat,” ujar Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

    PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara ‘kontroversi’, kata Mahfuz.

    Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

    Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

    Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau ‘signal’ kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

    “Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri,” katanya.

    Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

    Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

    Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49.

    Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

    Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

    Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

    Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

    PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

    Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno, Dato’ Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

    Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

    Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat. – wann/mks._

    http://www.harakahdaily.net

    Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

    KDN tidak faham demokrasi

    Irwan Muhammad Zain
    Tue | Mar 24, 09 | 5:18:39 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) – Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Professor Dr Abu Hassan Hasbullah mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan sebagai tindakan tidak memahami demokrasi.

    Dalam abad ke-21 ini, KDN tegas beliau seharusnya menghormati demokrasi dan kebebasan media.

    “Kerajaan khususnya KDN seharusnya merayakan demokrasi dengan bijaksana dan budiman bukan menutup ruang demokrasi.

    “Tetapi apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa kerajaan gagal menafsir maksud dan kandungan demokrasi dengan bijaksana,” tegas beliau.

    Abu Hassan juga menegaskan apa yang dilakukan KDN ini akan mendorong sikap agresif rakyat dalam mendapatkan maklumat menerusi media baru.

    Beliau turut menegaskan setiap rakyat mempunyai hak menyatakan akal fikir mereka dan berhak untuk meluahkan emosi mereka sejajar dengan tuntutan demokrasi.

    Tindakan KDN itu juga disifatkan sebagai kesedaran dan kebijakan kerajaan dalam menangani tanggungjawab informasi terhadap rakyat berada pada tahap yang rendah.

    Dalam masa yang sama beliau juga mengesa agar Harakah dan Suara Keadilan menggunakan kesempatan yang ada ini untuk terus membangunkan media baru dan tidak perlu bimbang dengan tekanan seperti ini. – mns _

    http://www.harakahdaily.net

    Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

    Lantik ramai profesional bukan di kalangan MT

    KUALA LUMPUR 24 Mac – Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik lebih ramai pejuang Melayu yang terdiri daripada golongan profesional menyertai Kabinet barunya nanti.

    Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) berkata, sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Najib memerlukan anggota Kabinet yang amanah, berani, ikhlas serta meletakkan kepentingan agama dan parti melebih segalanya.

    “Kita sekarang dalam keadaan gawat. Keadaan gawat bermaksud kita dalam peperangan yang memerlukan taktik dan strategi.

    “Jadi, Najib perlu memilih para pejuang yang amanah, ikhlas, berani dan meletakkan agama dan parti di hadapan. Pilihlah Kabinet daripada orang luar, profesional. Ahli MT, biar terdiri daripada pejuang-pejuang UMNO bagi membolehkan parti kembali kepada perjuangan asal,” katanya.

    Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada pemilihan parti kali ini, Shahidan bertanding jawatan MT.

    Beliau yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, menteri-menteri Kabinet Najib kelak tidak semestinya di kalangan ahli MT.

    Tindakan sebaliknya, kata beliau, jika dilakukan dikhuatiri akan menyebabkan perebutan jawatan menjadi lebih sengit kerana ramai yang ingin memenangi kerusi itu untuk mendapatkan jawatan.

    “Kalau hendak ambil pun di kalangan MT, paling maksimum antara 30 hingga 40 peratus sahaja. Yang lain itu boleh ambil profesional di kalangan orang luar. Jadi ia boleh menjadi kombinasi yang baik untuk membawa perjuangan bangsa, parti dan negara,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua perwakilan supaya bersikap amanah terhadap pemimpin yang telah dipilih oleh bahagian masing-masing.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 25, 2009

    Pilih secara bijaksana

    SEBAHAGIAN perwakilan menepuk tangan semasa taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.


    KUALA LUMPUR 24 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya para perwakilan akan membuat penilaian yang matang dan bijaksana dalam memilih calon terbaik bagi mengisi kerusi Timbalan Presiden UMNO Khamis ini.

    Kata beliau, seandainya berlaku salah pilih calon yang menduduki jawatan nombor dua UMNO itu, dikhuatiri impaknya boleh mengakibatkan parti dibarisi kepimpinan yang lemah.

    ”Justeru, ini menuntut kita berfikir secara matang dan lebih rasional.

    ”Datuk Seri Najib (Tun Razak) memerlukan barisan yang bertenaga, berpengalaman, berani, mampu menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Ini memerlukan keputusan yang bijaksana daripada perwakilan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Katanya, pemilihan parti merupakan agenda penting untuk mewujudkan satu barisan atau pasukan kepimpinan yang mampu membantu Najib menghadapi segala isu dan cabaran sama ada dari dalam atau luar.

    Menyentuh amaran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai budaya memfitnah menggunakan kaedah seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), Muhyiddin berkata, perwakilan perlu menetapkan pendirian dan berfikiran rasional.

    Beliau berharap, perwakilan tidak akan sesekali terpengaruh dengan budaya-budaya kurang sihat itu dan sentiasa meletakkan keutamaan parti melebihi segalanya.

    “Dalam peringkat begini, berikan perhatian kepada yang rasional dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah atau fitnah pihak-pihak tertentu untuk meraih sokongan, memburuk-burukkan pemimpin, ini tidak baik untuk parti,” katanya.

    Kata beliau, keupayaan perwakilan mengasingkan antara yang buruk dengan yang baik adalah amat penting dalam pemilihan kali ini.

    Perdana Menteri semalam mengingatkan ahli parti supaya menghentikan fitnah atau memburuk-burukkan sesama rakan menjelang pemilihan UMNO kerana ia bukan cara untuk mengalahkan calon yang bertanding jawatan tertentu.

    Beliau sebaliknya menasihatkan para perwakilan untuk membuat pilihan berasaskan sumbangan calon serta kemampuan mereka.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 24, 2009

    Kejam! Kejam! Kejam!

    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
    anbia@hmetro.com.my

    HULU SELANGOR: Seorang wanita bukan setakat dirogol, malah lehernya dijerut sebelum mayatnya digantung dalam keadaan separuh bogel pada dahan sebatang pokok durian.

    Ketika ditemui seorang mekanik kira-kira jam 7.50 pagi di sebuah dusun di Kampung Sungai Choh di sini, semalam, mangsa hanya memakai coli putih dengan seluar dalam yang sedikit terlucut.

    Difahamkan, pembunuh sengaja menggantung mayat wanita berusia awal 20-an itu bagi mengelirukan polis seolah-olah mangsa membunuh diri.

    Bagaimanapun, penemuan kesan tapak kaki, sebotol arak, beberapa tiket bas dan calar pada paha mangsa memberi petunjuk kemungkinan wanita dirogol sebelum dijerut dan digantung.

    Mekanik berkenaan, Mohd Mazry Mazlan, 20-an, berkata ketika kejadian, dia menunggang motosikal bersendirian melalui jalan pintas di dusun itu untuk ke stesen minyak Kampung Sungai Choh, untuk membeli rokok.

    Katanya, ketika melalui dusun berkenaan, dia terlihat ‘anak patung’ besar tergantung pada dahan pokok durian berkenaan.

    “Mulanya saya tak menyangka ia mayat manusia lalu mendekati dan melihatnya lebih dekat.

    “Namun, sebaik merenung muka mangsa yang ditutupi rambut, saya tersentak apabila menyedari ia mayat manusia,” katanya.

    Dia yang cemas segera memecut motosikalnya dan meminta pekerja stesen minyak melaporkan kepada polis.

    “Ini pengalaman pertama saya melihat mangsa bunuh. Keadaan mayat mangsa berkulit putih dan bertubuh kecil cukup mengerikan,” katanya.

    Sementara itu Timbalan ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Md Rashid, berkata pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai penemuan mayat wanita itu, kira-kira jam 7.50 pagi.

    Menurutnya, pada peringkat awal, anggota polis yang melakukan siasatan menyangka mayat wanita itu tergantung kerana membunuh diri.

    “Bagaimanapun, siasatan lanjut Unit Forensik mendapati dia bukan menggantung diri seperti disangka, sebaliknya berkemungkinan besar dibunuh. Polis yakin mangsa dibunuh lebih daripada seorang,” katanya.

    Menurutnya, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menolak kemungkinan wanita yang belum dikenal pasti identiti itu ditarik pembunuhnya ke kawasan belukar berhampiran dusun itu.

    “Berlaku pergelutan antara pembunuh dan mangsa sebelum dia dibunuh dengan kejam apabila lehernya dijerut.

    “Kesan pergelutan ini dapat dilihat berdasarkan luka pada paha dan kaki mangsa yang dipercayai meronta untuk menyelamatkan diri,” katanya.

    Menurutnya, mangsa digantung pada dahan pokok durian setinggi hampir dua meter menggunakan tali yang dijerut pada lehernya.

    “Berdasarkan ikatan tali, polis percaya beberapa pembunuh saling bekerjasama untuk mengangkat mangsa sebelum ia digantung.

    “Kami percaya mangsa bukan membunuh diri kerana kedua-dua kakinya membengkok dan mencecah permukaan tanah,” katanya.

    Ditanya sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh, Bakhtiar tidak menolak kemungkinan itu, tetapi masih menunggu laporan bedah siasat.

    “Ada kemungkinan mangsa dirogol di bawah pokok kelapa kira-kira lima meter dari tempat dia digantung. Polis turut menemui sebotol arak dipercayai milik pembunuh di bawah pokok durian itu.

    “Selain itu, polis turut menemui beberapa tiket bas di tempat kejadian. Kami akan menjalankan siasatan dengan syarikat bas terbabit bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi membantu kes ini,” katanya.

    Menurutnya, polis sukar mengenal pasti identiti mangsa berikutan wanita itu tiada kesan suntikan cacar di bahu dan tidak membawa dokumen pengenalan diri.

    “Polis percaya mangsa dibunuh sekitar jam 3 pagi berikutan maklumat terdapat bunyi salakan anjing pada waktu itu.

    “Saya meminta orang ramai dan penduduk setempat yang kehilangan ahli keluarga serta mempunyai maklumat segera menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

    Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk dibedah siasat.

    http://www.hmetro.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 24, 2009

    Seruan Zaid wajar, Agong berkuasa sekat Najib jadi PM

    TARMIZI MOHD JAM
    Mon | Mar 23, 09 | 9:12:45 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) – Seruan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Mohd. Zaid Ibrahim supaya Yang diPertuan Agong tidak melantik Dato Seri Mohd Najib Tun Razak benar-benar menggemparkan. Dalam satu ucapan di sebuah hotel di ibu negara Rabu lalu bekas menteri kabinet itu menyatakan Najib mempunyai banyak beban dan tanggungan yang boleh menyulitkan negara.

    Selain Zaid, Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim juga turut menyatakan sentimen yang sama. Beberapa pihak, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju dan menyifatkan seruan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu sebagai tidak bertanggung jawab dan berniat jahat. Bagaimanapun Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat seruan Zaid itu mempunyai asas dan kewajaran.

    Katanya, Raja-Raja sendiri, dalam melantik beberapa orang hakim termasuk Ketua Hakim Negara pada 2000 dan Presiden Mahkamah Rayuan pada 2002 “melanggar peruntukan dalam perlembagaan”. Tetapi, jelas Aziz lagi, pelanggaran itu perlu kerana jika tidak keseluruhan maksud perlembagaan itu akan terjejas.

    Beliau juga menyebut keputusan istana Terengganu yang bertegas menolak Dato Seri Idris Jusoh yang ketika itu dikatakan mempunyai sokongan majoriti di dalam DUN Terengganu.

    Aziz menegaskan perkara ini pada forum mengenai politik semasa di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi Khamis lalu. Forum anjuran Gabungan Mahasiswa UKM bersama dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi itu pada mula dijadualkan di dalam kampus UKM tetapi dibatalkan oleh pihak universiti pada saat-saat akhir.

    Ahli panel lain dalam forum tersebut termasuklah Exco Kerajaan Kelantan, Dato Husam Musa dan Pengerusi Mahasiswa Bersatu Perak, Hafed Sabri. Ia dipengerusikan oleh penganalisis politik Prof. Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman. Ahli Parlimen Umno Batu Pahat, Dato Dr Fuad Zarkashi yang pada mulanya memberikan persetujuan mengundurkan diri di saat akhir.

    Ketika diminta mengulas lanjut, Aziz berkata Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang disebut oleh Muhyiddin tidak mutlak dan memberi hak kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri.

    “Dalam sebuah sistem demokrasi yang adil, terbuka dan telus memang Yang diPertuan Agong wajib mengikut kehendak majority sebagaimana yang ditetapkan oleh Perkara 43(2)(a) itu. Tetapi di dalam sebuah sistem yang kotor dan penuh dengan misteri dan penipuan baginda perlu bijak dan berani kerana jika tidak negara ini akan jatuh ke kancah kebinasaan sebagaimana yang ditakuti oleh Zaid,” ujarnya.

    Pakar perlembagaan itu berkata di dalam sebuah sistem yang telus dan adil seperti United Kingdom umpamanya memang raja tidak mempunyai peranan yang signifikan kerana semuanya ditentukan dengan adil dan telus oleh sistem politiknya.

    “Ini jelas tidak berlaku di Malaysia,” tambah profesor undang-undang itu lagi. Katanya perlembagaan tidak harus ditafsir secara harfiah (literal) sehingga membenarkan pencuri dan penyamun bermaharajalela.

    Diminta menjelaskan apakah seruan Zaid itu tidak mempunyai kesan menyeret istana ke dalam politik, Aziz berkata: “Menyeret itu maksudnya negatif sedangkan apa yang Zaid mahu ialah istana bertindak menyelamatkan negara dari diambil oleh seorang yang komitmennya terhadap demokrasi amat meragukan. Ini telah pun dilakukan oleh istana dalam penolakan Idris Jusoh di Terengganu. Melihat apa yang diperkatakan tentang Najib adalah amat na�f untuk mengatakan beliau seorang yang bersih,” katanya.

    Ditanya mengenai krisis di Perak Aziz berkata ia juga berbeza dengan apa yang disuarakan oleh Zaid kerana apa yang diminta Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah supaya kekeliruan itu diselesaikan dalam dewan atau dewan dibubarkan.

    “Nizar tidak meminta istana menyokongnya. Beliau mahukan kerajaan yang beliau pimpin diadili oleh rakyat di tengah-tengah kekeliruan yang timbul setelah berlaku pencolekkan dan kehilangan tiga orang ADUN itu,” tambahnya.

    Aziz berkata apa yang perlu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong telah dilakukan oleh Sultan Idris di Perak pada 1977 dalam krisis baginda dengan Tan Sri Ghazali Jawi.

    “Ada laporan mengatakan bahawa baginda tidak berkenan dengan menteri besar itu kerana individu tersebut dikatakan terlibat dengan rasuah. Malah ada yang mengatakan ada tangkapan. Apa pun yang sebenarnya berlaku baginda tidak mahu terlibat dengan seorang yang integritinya dipersoalkan dan saya fikir itu betul malah menjadi tugas raja sebagai penjaga perlembagaan itu sendiri. Dan apa yang menarik ialah Sultan Idris melakukannya dalam konteks perlembagaan,” tegas Aziz.

    “Oleh sebab itu saya fikir Sultan Idris lebih cekap dan lebih faham perlembagaan meskipun baginda tidak berkelulusan undang-undang. Dan kita jangan lupa baginda adalah penentang utama Dr Mahathir yang cuba hendak memindahkan kuasa darurat dari Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri dalam krisis Perlembagaan 1983 itu,” tambah beliau.

    Kesimpulannya, Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak menyelamatkan negara. “Jika tidak krisis yang berlarutan di Perak mungkin akan merebak ke peringkat nasional dan ini tidak baik untuk negara yang berada di dalam kesulitan ekonomi,” tegasnya.- tmj _

    http://www.harakahdaily.net

    Wan Nordin Wan Yaacob Tue | Mar 24, 09 | 9:50:56 am MYT KUALA LUMPUR. 24 Mac (Hrkh) – Penggantungan tiga bulan yang dikenakan ke atas Harakah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah semata-mata tindakan ‘desperado’ kerajaan Umno-BN. Demikian tegas Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu penggantungan akhbar milik PAS itu berkuat-kuasa serta merta. “Ini satu tindakan terdesak, ‘desperado’ yang memperlihatkan sekatan ke atas maklumat, menyekat kebebasan suara rakyat yang diterjemahkan melalui akhbar,” katanya ketika dihubungi hari ini. Penggantungan ini katanya memperlihatkan sebenarnya kerajaan Umno-BN tidak mampu untuk menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan akhbar ini yang menjadi suara rakyat. Namun tindakan ini sebenarnya hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat yang sudah tidak percaya kepada laporan media arus perdana yang terlalu banyak manipulasi, ujarnya. Mengulas mengenai syarat akhbar parti seperti Harakah hanya perlu melaporkan berita mengenai perkembangan parti sahaja, beliau menempelak peraturan tersebut. “Ini satu peraturan yang mundur, terkebelakang dan tidak bertamadun.Mengapa akhbar parti tidak boleh melaporkan perihal politik?” soalnya. Dr Hatta tidak menolak kemungkinan penggantungan ini sebenarnya adalah usaha menutup sebaran maklumat lebih-lebih lagi dalam negara menghadapi krisis kepimpinan yang dahsyat. Selain itu katanya usaha ini adalah untuk menutup ruang kempen bagi tiga pilihan raya kecil (PRK), Parlimen Bukit Gantang; Dun Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini. Beliau seterusnya melahirkan rasa kecewa dengan sikap KDN ini yang sekaligus menutup ruang demokrasi di negara ini. KDN semalam menggantung permit akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini. Surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5.00 petang semalam. Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama. “Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN itu dipetik. Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut. KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas. Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu. Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. Selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000. – wann/mks. _

    http://www.harakahdaily.net

    Posted by: Berita Terkini | Mac 24, 2009

    Henti taktik kotor

    IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin malam ini diumumkan calon Pas bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April ini.

    Daripada M Thillinadan di Bandar Raya Kuwait
    bhnews@bharian.com.my


    Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

    Elak fitnah, surat layang: PM

    “HENTIKAN taktik kotor menjatuhkan lawan menjelang pemilihan Umno atau sedia menghadapi tindakan, termasuk oleh polis,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada mereka yang menggunakan kaedah itu untuk kepentingan diri menjelang pemilihan parti.

    Sehubungan itu, Presiden Umno berharap semua pihak khususnya yang terbabit dalam pemilihan parti minggu ini mengelak perbuatan memfitnah, mengata kawan, melakukan perbuatan buruk sama ada dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) atau surat layang.

    “Ini bukan cara untuk mendapatkan undi atau mengalahkan rakan sendiri dalam pemilihan bagi jawatan tertentu.

    “Kalau pihak yang melakukan perbuatan itu dikenal pasti, mangsa boleh buat aduan termasuk kepada polis untuk membolehkan siasatan dan tindakan diambil kerana menghasut, memfitnah dan memalukan orang lain,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke sini, semalam.

    Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

    Abdullah yang juga Perdana Menteri mengulas pelbagai taktik kotor yang didakwa digunakan calon atau ejen mereka menjelang pemilihan parti itu.

    Terbaru Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan penyebaran SMS berbaur fitnah disebarkan pihak tertentu mengenainya dan penyokongnya menjelang pemilihan pergerakan itu, esok.

    Rafidah yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya menghadapi tentangan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

    Kelmarin, calon Ketua Pemuda yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis terhadap penulis buku, Yahaya Ismail kerana menerbitkan buku memfitnahnya.

    Abdullah yang kecewa dengan perkembangan itu, bagaimanapun yakin ahli Umno kini bijak dan hanya akan memilih seseorang berasaskan sejauh mana mereka mengenali calon dan dengan menilai peranan calon itu kepada parti sebelum ini, selain sumbangan dan kemampuannya.

    “Bila tiba masa mengundi, saya yakin itulah kriteria dicari perwakilan. Saya percaya mereka tidak akan terpengaruh dengan perbuatan tidak elok ini. Akhirnya, mereka hanya akan memilih pemimpin yang baik, yang dianggap boleh memimpin parti dan untuk berada di dalam kepimpinan Umno.

    “Saya tahu… saya sudah lama dalam parti. Mereka tidak mempedulikan semua taktik kotor ini atau dipengaruhi duit ketika mengundi,” katanya.

    Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang membayangkan Perlembagaan Umno perlu dipinda dalam usaha merubah parti itu selaras keadaan dan keperluan semasa, Abdullah setuju banyak pembaharuan perlu dilakukan dalam Umno.

    “Asalkan ia membawa kepada kebaikan parti, saya percaya ahli akan memberi sokongan,” katanya.

    http://www.bharian.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 24, 2009

    Perompak tak larat angkat peti

    LANGKAWI: Empat perompak berputih mata apabila terpaksa meninggalkan peti besi mengandungi wang tunai RM50,000 yang mereka larikan dari sebuah syarikat feri di pekan Kuah di sini, kerana tidak larat mengangkatnya.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, perompak terbabit memecah masuk pejabat Ferry Line Ventures Sdn Bhd menerusi pintu depan sebelum mengheret keluar peti besi seberat kira-kira 100 kilogram itu.

    Kejadian itu disedari seorang pekerja Ferry Line apabila menemui peti besi berkenaan di depan pejabat syarikat terbabit ketika memulakan tugas, kira-kira jam 7.30 pagi.

    Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi ketika dihubungi, berkata siasatan awal mendapati perompak terbabit mengumpil pintu depan pejabat syarikat berkenaan dan melarikan peti besi itu selepas gagal membukanya.

    “Kita menemui kesan peti besi itu diheret sejauh 15 meter dan sedang mengenal pasti identiti penjenayah,” katanya sambil meminta orang ramai mempunyai maklumat menghubungi IPD Langkawi di 04-9666222 atau balai polis berhampiran.

    Pengarah Urusan Ferry Line, Ooi Cheng Choon, berkata wang tunai hasil jualan tiket feri itu biasanya dimasukkan ke dalam bank, tetapi kelmarin cuti hujung minggu menyebabkan kutipan itu terpaksa disimpan sementara dalam peti besi.

    http://www.bharian.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 24, 2009

    Malaysia, Kuwait bangunkan modal insan

    BANDAR RAYA KUWAIT 23 Mac – Malaysia dan Kuwait bersetuju untuk meningkatkan usaha bersama membangunkan modal insan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan dan kemajuan kedua-dua negara.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, adalah diakui sekiranya sesebuah negara hendak maju dan berjaya lebih cepat dan hebat, tenaga insan yang berilmu pengetahuan amat diperlukan.

    Menurutnya, aspek modal insan adalah antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Nasser Al-Mohammed Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah di Istana Bayan, yang diikuti mesyuarat delegasi kedua-dua negara serta majlis makan malam untuk Perdana Menteri.

    Beliau berkata, kedua-dua negara menegaskan pentingnya peranan masing-masing untuk bantu membantu bagi menjayakan lagi rancangan-rancangan pembangunan modal insan.

    “Selain itu, adalah penting bagi Malaysia dan Kuwait sama-sama memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu negara-negara Islam yang masih mundur dengan program-program latihan untuk rakyat negara berkenaan,” kata Abdullah kepada wartawan Malaysia di sini di hari akhir lawatan beliau ke Kuwait.

    Abdullah memberitahu, perbincangan juga berkisar kepada isu-isu dua hala dan antarabangsa, terutamanya usaha meningkatkan hubungan Malaysia-Kuwait dengan memperhebat dan menambah nilai hubungan sedia terjalin, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

    Menurutnya, turut diberi penekanan ialah perjanjian perdagangan diua hala, dengan Malaysia dan Kuwait menyedari keperluan agar ia segera dimeteraikan.

    Beliau berharap dalam perbincangan yang akan diadakan di Kuala Lumpur nanti, perkara-perkara yang perlu dibincang dan dibereskan berhubung perjanjian perdagangan dua hala itu dapat diselesaikan dan ditandatangani segera.

    Mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dan Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC), Abdullah berkata, Kuwait menegaskan pentingnya perbincangan segera dibuat dan semua masalah dikaji dengan teliti sebelum ia dilaksanakan.

    Beliau memberitahu, surat kepada para pemimpin terlibat telah pun dihantar dan berharap perbincangan mengenai FTA tersebut akan dapat dimulakan segera.

    Katanya, Kuwait telah memberi komitmen akan membantu menghubungi dan berbincang dengan negara-negara terlibat bagi menjayakan FTA tersebut. – UTUSAN

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 24, 2009

    Dadah RM61 juta dirampas

    MAKMAL dadah jenis Eramin 5 yang terbesar lengkap dengan peralatan memproses selepas diserbu Polis Bukit Aman.


    KUALA LUMPUR 23 Mac – Satu sindiket dadah antarabangsa bernilai RM61.3 juta yang didalangi warga Taiwan tumpas selepas polis menyerbu sebuah kilang yang dijadikan makmal di kawasan perindustrian Tebrau, Johor Bharu awal pagi semalam.

    Kejayaan itu antara rampasan terbesar tahun ini dan pembongkaran makmal memproses dadah jenis pil Eramin 5 yang pertama dalam sejarah kepolisan negara.

    Makmal itu yang telah tiga bulan beroperasi dipercayai mampu menghasilkan kira-kira 149,000 biji pil Eramin 5 dalam tempoh sejam. Harga sebiji pil Eramin 5 di pasaran ialah RM10.

    Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 pagi itu, polis menahan 10 lelaki termasuk empat ahli kimia warga Taiwan yang sedang memproses dadah berkenaan. Kesemua mereka berumur antara 30 hingga 40 tahun.

    Polis turut merampas kira-kira satu juta pil siap dibungkus untuk dipasarkan ke bandar-bandar besar khususnya Johor Bharu, Lembah Klang dan Pulau Pinang.

    Hanya sebahagian kecil pil khayal itu dipercayai dipasarkan ke Taiwan dan China.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, turut dirampas ialah 547 kilogram (kg) pil yang masih dalam proses pembungkusan, 235kg serbuk halus dan 200kg serbuk kasar belum diproses.

    Menurutnya, tujuh buah mesin yang digunakan untuk memproses, mengering dan membungkus pil Eramin 5 dengan setiap mesin berkeupayaan menghasilkan 21,300 biji pil sejam juga dirampas.

    “Ketika serbuan, empat lelaki warga Taiwan sedang leka membuat kerja-kerja mereka tanpa menyedari kehadiran polis. Seorang lagi yang ditahan ialah pengawal keselamatan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

    Zul Hasnan berkata, susulan daripada penahanan itu, polis melancarkan operasi besar-besaran dan menahan lima lelaki tempatan dipercayai pengedar pil-pil itu di kawasan sekitar pada hari yang sama.

    “Penemuan makmal ini menjadikan Malaysia buat pertama kalinya dijadikan lokasi mengeksport Eramin 5 kerana berdasarkan kes-kes yang lalu, pil itu diimport dari Taiwan,” katanya.

    Beliau sendiri terkejut dengan penemuan makmal sebegitu besar yang berselindung di sebalik kawasan kilang perindustrian.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 24, 2009

    Institusi jaminan kewangan ditubuh 2 bulan lagi

    NAJIB Tun Abdul Razak melihat nota yang diberikan oleh seorang peserta Simposium Usahawan Bumiputera Malaysian Industrial Developement Finance Bhd., sambil diperhatikan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, semalam.


    KUALA LUMPUR 23 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, institusi jaminan kewangan yang menjana pinjaman daripada pasaran bon, akan ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam tempoh dua bulan lagi dengan modal awal RM1 bilion.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, institusi itu menerbitkan bon berjumlah RM15 bilion dan menawarkan pembiayaan kepada syarikat-syarikat kecil yang berdaya maju untuk mengharungi kegawatan ekonomi semasa.

    Katanya, pembiayaan itu akan ditawarkan kepada syarikat berpotensi yang hanya mempunyai taraf AA atau A sahaja.

    “Kita memerlukan ini kerana sesetengah syarikat yang baik tidak mempunyai penarafan AAA. Masa ini, hanya syarikat bertaraf AAA mendapat akses kepada pasaran bon. Ini merupakan inisiatif jangka panjang,” jelas beliau.

    Najib berkata, prestasi institusi itu akan dipantau oleh BNM untuk memastikan syarikat-syarikat kecil yang tidak diberikan penarafan oleh agensi-agensi penarafan, mendapat pembiayaan.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium Usahawan Bumiputera Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) di sini hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi MIDF, Tan Sri Mahmood Taib.

    Penubuhan institusi jaminan kewangan terkandung dalam teras ketiga pakej rangsangan ekonomi kedua yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini.

    Sementara itu, Najib berkata, jumlah mudah tunai dalam negara adalah besar sebanyak RM250 bilion yang boleh digunakan oleh institusi perbankan untuk menawarkan pinjaman terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    “Setakat ini, kita tidak mengalami kekurangan kecairan wang dalam negara malah kerajaan boleh menggunakannya untuk faedah masyarakat dan syarikat-syarikat yang bermasalah,” katanya.

    PKS menyumbang sebanyak 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

    Sehingga kini PKS, menyumbang sebanyak 56 peratus kepada jumlah pekerjaan negara manakala 99 peratus lagi disumbangkan dalam jumlah perniagaan berdaftar.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan turut menyediakan insentif menggalakkan institusi kewangan memberi pinjaman dengan memberi jaminan bayar balik kepada institusi berkenaan bagi mengurangkan risiko tanggungan.

    “Salah satu daripada punca penting dalam menghadapi kemelut dunia ialah memastikan sistem kewangan negara dapat menyalurkan pinjaman kepada para pengusaha yang memerlukannya,” kata beliau.

    “Selagi sektor perbankan tidak memberi pinjaman, selama itu usaha untuk memulihkan ekonomi dunia tidak akan berjaya,” katanya.

    Terdahulu ketika berucap pada simposium itu, Najib menegaskan, golongan bumiputera yang tidak mempunyai sikap positif tidak harus menjadi usahawan kerana ia hanya membazirkan masa dan wang kerajaan.

    Timbalan Perdana Menteri memberitahu, hanya golongan bumiputera yang bersedia dari segi komitmen dan mental bagi menghadapi sebarang cabaran serta dugaan dalam perniagaan sahaja yang harus menceburi dalam bidang ini.

    “Ini merupakan aspek yang amat penting dan kalau tidak ada sikap positif, jangan jadi usahawan kerana anda hanya membazirkan masa dan wang kerajaan,” katanya.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 23, 2009

    Politik wang akan hancurkan UMNO dan negara – Rafidah


    KUANTAN 22 Mac – “Sekiranya kita undi orang berdasarkan berapa habuan yang kita dapat, akan hancurlah parti, hancurlah negara kerana UMNO itu tulang belakang BN dan BN adalah kerajaan yang mentadbir negara.”

    Demikian kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung politik wang dalam UMNO.

    Malah katanya, amalan tidak bermoral itu yang berleluasa dalam UMNO akan hanya menjauhkan generasi muda daripada parti itu yang akhirnya akan merugikan UMNO.

    “Anak-anak muda akan mengambil sikap berkecuali padahal kita boleh menggunakan kebijaksanaan dan kemahiran mereka. Tetapi kerana tidak mampu untuk membayar dalam pertandingan, mereka tidak mendapat tempat dan yang ruginya adalah kita sendiri.

    “Saya adalah Ahli Majlis tertinggi (MT) yang akhir dari zaman Tun Abdul Razak. Maknanya saya lihat perjalanan budaya dalam politik kita sangat menyedihkan sekarang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan memperkenalkan calon-calon Exco Wanita UMNO dengan Perwakilan Wanita Pahang di Dewan Kediaman Menteri Besar Pahang hari ini.

    Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob.

    Rafidah berkata demikian ketika diminta mengulas gejala politik wang dalam UMNO dan keputusan Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan kepada beberapa pemimpin menjelang pemilihan, termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

    Beliau turut meminta ahli UMNO menghormati dan mematuhi keputusan Lembaga Disiplin parti yang bertindak mengenakan tindakan berdasarkan tatacara sedia ada.

    Menurutnya, gejala politik wang termasuk dalam pergerakan Wanita UMNO akan hanya menghancurkan UMNO yang menjadi tulang belakang parti Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan.

    “Jadi, lama kelamaan kalau politik wang menjadi budaya di negara ini, maka masa depan pemimpin Melayu akan pudar. Kita akan hanya dapat pemimpin yang kaya raya kerana ada duit dan ditaja oleh orang tertentu kerana hendakkan sesuatu,” ujarnya.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 23, 2009

    Najib benteng terakhir

    PERKASA MELAYU Sebahagian hadirin mengangkat tangan melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’ semasa Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara di Kompleks Sukan TNB, Kuala Lumpur, semalam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ucaptama pada perhimpunan tersebut. – Utusan / Mohd. Naim Aziz


    KUALA LUMPUR 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memastikan mana-mana calon yang diketahui mengamalkan politik wang dan menang dalam pemilihan parti kali ini tidak dilantik menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.

    Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Najib adalah peringkat terakhir pemulihan UMNO yang memegang kunci memastikan calon-calon pengamal politik wang tidak diberi ruang dan jawatan dalam Kabinet beliau.

    Katanya, jika calon-calon pengamal politik wang masih terlepas dan terpilih untuk menang, maka UMNO akan hilang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Tambah beliau, pemulihan UMNO sebenarnya mempunyai empat peringkat sejak pilihan raya umum yang lalu namun dua daripadanya diketepikan.

    Jelasnya, peringkat pertama sepatutnya bermula ketika mesyuarat bahagian berlangsung dengan semua bahagian memastikan pengamal politik wang tidak dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan.

    “Kalau bahagian itu jujur, mereka akan calonkan orang yang tidak sogok wang, tetapi kita tahu bahagian-bahagian UMNO telah pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang, ini peluang pertama hendak bersihkan UMNO yang sudah hilang,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena program Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) di sini hari ini. Hadir sama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

    Peringkat kedua, kata Dr. Mahathir, ialah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Lembaga Disiplin UMNO dalam memastikan parti itu bersih sepenuhnya daripada calon-calon yang korup.

    “Lembaga Disiplin juga tidak berhasil, mereka masih merestui politik wang, mereka sudah hilang peluang untuk membetulkan parti atas sebab-sebab yang kita tidak tahu,” katanya.

    Menurut beliau, kredibiliti Lembaga Disiplin tercalar apabila calon yang melakukan kesalahan sama diberikan hukuman lain-lain.

    “Ada yang bersalah tetapi boleh bertanding. Ada yang diketahui umum mengamalkan politik wang tetapi didapati tidak bersalah,” katanya.

    Peringkat ketiga, pula tambahnya, adalah semasa pemilihan yang bakal berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO minggu depan tetapi beliau bimbang perwakilan tidak menolak calon-calon yang rasuah.

    Justeru, katanya, peringkat keempat ialah apabila Najib dilantik menjadi Perdana Menteri dan beliau perlu memastikan calon-calon pengamal politik wang tidak diberikan tempat.

    “Peluang terakhir (membetul dan membersihkan UMNO) ada pada Najib. Kalau dia pilih orang seperti ini dalam Kabinet dia, maka peluang masa depan untuk UMNO telah luput,” katanya.

    Bagaimanapun Dr. Mahathir berkata, beliau setakat ini tidak nampak UMNO boleh dipulihkan.

    Ditanya apakah beliau melihat ada calon tertentu yang layak memegang sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi, Dr. Mahathir berkata, salah seorang yang layak untuk memegang jawatan Naib Presiden ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

    “Rais Yatim seorang yang layak jadi Naib Presiden, dia seorang yang berani,” jelasnya.

    Bagi Ketua Wanita pula, beliau merasakan kedua-dua calon iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak layak mengetuai pergerakan itu.

    Dr. Mahathir bagaimanapun tidak menamakan siapa yang layak pada pandangan beliau.

    Dalam pada itu, beliau enggan mengulas banyak ketika ditanya peluang anaknya, Datuk Mukhriz untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO.

    “Saya tidak tahu, nasib dia kalau orang hendak pilih. Peluang dia ada, macam orang lain juga,” katanya.

    Ditanya adakah sistem pemilihan UMNO kini yang menjadikannya terbuka kepada berlakunya korupsi, Dr. Mahathir menafikan perkara itu.

    “Ia bukan soal sistem, kita sudah tukar dua kali, kita ada sistem bonus, ada yang boleh beli semua bonus-bonus. Kita ada sistem kouta, tetapi ada pihak yang boleh paksa supaya ada pihak yang tidak dapat.

    “Ia macam sistem kewangan juga, tukar sistem tetapi penyangak diberi tanggungjawab, hilanglah semua duit. Ia bukan sistem tetapi budaya,” katanya.

    Perubahan budaya itu, kata beliau, dapat dilihat apabila semasa dahulu wang tidak wujud dalam politik tetapi kini perwakilan mengambil duit dengan alasan “ada orang hendak beri, maka ambil saja”.

    “Kalau orang itu jujur, dia tetap tidak akan ambil walaupun ada orang hendak beri tidak kira dulu atau sekarang,” katanya.

    Jelas Dr. Mahathir, apa juga sistem pemilihan boleh dipakai jika ahli dan perwakilan bersikap jujur.

    Sementara itu, katanya, beliau masih menimbangkan sama ada mahu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO minggu depan sebagai pemerhati atau sebaliknya.

    Posted by: Berita Terkini | Mac 23, 2009

    PM ulas isu Ali Rustam, Fairus

    Daripada AHMAD ABDUL HAMID

    BANDAR RAYA KUWAIT 22 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Bawadi memuji sikap Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap sayang dan setia kepada parti sekalipun dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana kesalahan politik wang.

    Perdana Menteri yang telah bertemu dengan Ketua Menteri Melaka itu berkata, Mohd. Ali menyatakan beliau tidak merajuk dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO, sebaliknya bersedia meneruskan perjuangan untuk kejayaan parti di masa depan.

    “Beliau menyatakan kepada saya apa juga yang berlaku akibat tindakan Lembaga Disiplin itu, beliau akan terus berkhidmat kepada parti dan menjaga nama baik parti.

    “Pada saya ini adalah satu sikap yang baik,” kata Abdullah kepada wartawan Malaysia di sini hari ini sempena lawatan rasmi dua hari ke Kuwait.

    Abdullah berkata, keputusan Lembaga Disiplin menghalang Mohd. Ali bertanding setelah didapati bersalah kerana tiga agennya melakukan kesalahan politik wang, serta keputusan Panel Rayuan UMNO menolak rayuan beliau adalah sesuatu yang perlu diterima.

    Tetapi lebih penting, kata Perdana Menteri, ialah sikap Mohd. Ali yang tetap setia dan sayang kepada parti yang jelas dilihat melalui kenyataan-kenyataannya.

    Mengenai penyokong-penyokong Ketua Menteri Melaka itu, Abdullah berkata, ia bergantung kepada Mohd. Ali sendiri untuk menenangkan mereka serta menerima kenyataan bahawa beliau tidak boleh bertanding.

    Bagaimanapun Perdana Menteri percaya para penyokong memahami hakikat Mohd. Ali tidak boleh bertanding, sekalipun mereka menaruh harapan dan mahu beliau menjadi pemimpin berjaya.

    Beliau menegaskan, Mohd. Ali masih ada tugas yang perlu diteruskan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO dan Ketua Menteri Melaka, di samping peranan lain yang boleh dimainkan untuk kejayaan parti.

    Mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) megambil keterangan daripada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said selama empat jam semalam, Abdullah berkata, Azalina sendiri sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk memberi kenyataan kepada SPRM jika diminta berbuat demikian.

    Kenyataan itu diambil di kementeriannya dari pukul 5 petang hingga 9 malam sebelum para pegawai SPRM meminta izin untuk ke rumahnya pula.

    Ditanya mengenai kejayaan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden MIC untuk kali ke-11 tanpa bertanding, Abdullah enggan mengulas. – UTUSAN.


    BANDAR RAYA KUWAIT 22 Mac- – Peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, membuktikan wujud masalah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun mereka tidak mahu mengakuinya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Menurutnya, parti itu selama ini menuding jari kononnya UMNO ada masalah dengan harapan perbuatan tersebut akan mengalih pandangan ramai terhadap masalah yang dihadapi oleh PKR.

    Tetapi hakikatnya, kata beliau, ia sebenarnya adalah semata-mata untuk melindungi masalah yang mereka sendiri hadapi.

    “Mereka ada masalah. Bukan semua ahli parti itu baik-baik belaka. Ada yang tak betul,” kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

    Mohammad Fairus menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam.

    Peletakan jawatan beliau yang memegang potfolio Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat negeri berkuat kuasa 8 April ini. Beliau bagaimanapun kekal dalam PKR dan sebagai ADUN Penanti.

    Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim sebelum ini menyatakan Mohammad Fairus meletakkan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajaran.

    Bagaimanapun Mohammad Fairus mendakwa ada konspirasi sehingga menyebabkan beliau meletakkan jawatan.

    Guan Eng pula menyerahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan mengenai dakwaan konspirasi itu serta kepada Fairuz sendiri menjelaskan kenapa beliau meletakkan jawatan.

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 23, 2009

    RM3.2b diagih segera


    PUTRAJAYA 22 Mac – Hanya dua minggu selepas membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan projek-projek bernilai RM3.202 bilion minggu ini kepada pelbagai kontraktor bagi menambah baik, meningkat dan memajukan kemudahan dan infrastruktur di seluruh negara.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah itu RM1.3 bilion diberi kepada kontraktor bagi menambah baik, meningkat dan memajukan kemudahan dan infrastruktur di 322 sekolah di seluruh negara.

    Kira-kira RM95.5 juta pula akan diberi bagi projek menambah baik dan memulihkan balai-balai polis.

    “Pemberian projek-projek yang begitu cepat dibuat selepas bajet mini dibentangkan di Parlimen menunjukkan betapa seriusnya pihak berkuasa bagi menangani krisis global yang juga memberi kesan kepada Malaysia,” kata Najib dalam satu kenyataan di sini.

    Najib berkata, ini juga menunjukkan bukti betapa seriusnya perhatian kerajaan demi kepentingan rakyat dan bagi merangsang keyakinan dan aktiviti sektor swasta.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, selain itu, projek-projek yang dikenal pasti di bawah pakej rangsangan ekonomi yang pertama juga akan dipercepatkan demi faedah rakyat dan dipantau Unit Pengurusan Projek (PMU) yang diketuai Datuk Ir. Mohd. Othman Zainal Azim, yang juga Ketua Pegawai Operasi PMU.

    “Setakat ini, 16,386 projek bernilai RM1.67 bilion di bawah pakej rangsangan pertama telah diberi dan dilaksanakan. Ini termasuk projek bagi membangun dan memajukan modal insan demi kepentingan rakyat dan meningkatkan daya saing,” katanya.

    Najib berkata, pembangunan kampus IT HP di Cyberjaya sedang berjalan dan kontrak itu telahpun diberi.

    Sejumlah 30 pelatih bagi program latihan penempatan dan pekerjaan graduan kini sedang ditemuduga.

    Menjelang akhir bulan depan, semua 38,000 projek di bawah pakej rangsangan ekonomi yang pertama dijangka dikeluarkan dan dijangka siap menjelang Ogos,” katanya.

    “Kami komited bagi memastikan pelaksanaan projek itu disegerakan bagi membantu rakyat dan badan perniagaan untuk mengharungi masalah yang dibawa oleh krisis ekonomi global,” kata Najib.

    PMU dan Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU) dan agensi-agensi berkaitan telah dipertanggungjawabkan untuk memantau pakej rangsangan ekonomi kedua.

    Najib berkata, sebagai tambahan, sebuah jawatankuasa teknikal, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, juga telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan projek di bawah pakej rangsangan itu.

    Jawatankuasa itu akan bermesyuarat secara tetap dan melaporkan kepada Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan Najib.

    Dengan penubuhan PMU dan pemantauan tetap oleh Menteri Kewangan sendiri, ia akan memastikan matlamat yang ditetapkan mengikut kedua-dua pakej rangsangan itu akan tercapai.

    Pakej rangsangan pertama bernilai RM7 bilion telah diumumkan pada 4 November 2008 dan pakej kedua, RM60 bilion itu telah dibentangkan di Parlimen pada 10 Mac 2009

    http://www.utusan.com.my

    Posted by: Berita Terkini | Mac 23, 2009

    Kaya tipu artis

    KUALA LUMPUR: Dia pernah bergelar pengurus artis, memiliki syarikat berkaitan industri hiburan dan menubuhkan beberapa kumpulan nasyid sejak 2004, tetapi rupa-rupanya dia hanya mahu memanfaatkan industri itu untuk melakukan penipuan.

    Modus operandinya mudah — menubuhkan kumpulan, syarikat atau menguruskan artis tertentu, kemudian menjaja nama artis terbabit untuk menarik mangsanya melabur sejumlah besar wang dengan janji kononnya wang itu akan berganda apabila projek membabitkan artisnya berjaya.

    Jika ada kesempatan, dia turut menipu individu yang tidak terbabit dengan industri hiburan, asalkan mendapat wang.

    Antara mangsanya ialah penyanyi dan pelakon, Waheeda, kumpulan nasyid Devotees dan Nice serta kumpulan Infinatez.

    Itu kelicikan seorang pemuda berperwatakan lemah lembut dan baik dikenali sebagai Mr S berusia 30-an yang sehingga hari ini dikatakan mengaut wang hasil temberang lebih RM1 juta.

    Dengan perwatakan berkenaan, kebanyakan mangsa tidak mengesyaki pemuda itu ‘penipu besar’ dan lebih menakutkan, dia didakwa mengamalkan ilmu hitam.

    Tembelang bekas pengurus artis itu terbongkar selepas satu demi satu mangsa penipuannya tampil membuat pengakuan kepada wartawan Metro Ahad, NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN. Berikut luahan mangsa.

    PENYANYI DAN PELAKON, WAHEEDA

    “MUKANYA manis, pertuturannya lembut, tetapi di sebalik semua itu saya mengenalinya sebagai penipu kerana saya antara mangsanya,” kata penyanyi berusia 30 tahun ini.

    Menurut Waheeda, sebelum temberang Mr S terdedah, hubungan mereka akrab seperti adik-beradik.

    Katanya, dia turut sama menjaga anggota kumpulan nasyid Devotees yang di bawah pengurusan kaki putar belit itu.

    “Saya mengenalinya ketika membuat persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum hubungan kami rapat atas dasar profesional dan kerja.

    “Dalam masa sama, Mr S menjadi pengurus anggota Devotees. Kami seperti satu keluarga besar dan jika dilihat pada awalnya, lelaki itu menjaga kami seperti anak dan adiknya,” katanya.

    Bagaimanapun, tembelang Mr S terdedah ketika pura-pura membantu Waheeda mencari rumah selepas kediamannya dipecah masuk tahun lalu.

    Menurutnya, Mr S menyuruh dia membayar RM3,000 sebagai deposit untuk menyewa kediaman lain dan tidak dibenarkan masuk sementara menunggu pengubahsuaian.

    “Selepas lama menunggu, saya syak ada yang tidak kena dan terus menghubungi tuan rumah untuk memaklumkan saya membatalkan hasrat menyewa di sana. Saya meminta semula wang saya dan akan ambil tindakan jika dia gagal memulangkannya,” katanya.

    Waheeda berkata, Mr S mengamuk dengan tindakannya tetapi dia mengembalikan semula wang RM3,000 itu.

    “Nasihat saya pada artis lain, jika dihampiri lelaki menyerupai keterangan berkaitan Mr S, jangan layan walaupun dia menawarkan untuk membuat album, rakan kongsi perniagaan dan pelbagai lagi.

    “Ramai menjadi mangsanya, termasuk ahli perniagaan. Saya bersyukur kerana walaupun diperdaya, tetapi berjaya mendapatkan kembali wang itu,” katanya.

    KUMPULAN NASYID DEVOTEES

    ABDUL Halim Ahmad , 23, yang menjadi jurucakap Devotees berkata, Mr S bertanggungjawab menubuhkan kumpulan nasyid itu.

    Namun, katanya, sepanjang di bawah pengurusan Mr S, mereka umpama ‘katak di bawah tempurung’ dan diperas habis-habisan.

    “Sepanjang lebih setahun di bawah Mr S, kami melalui tempoh sukar. Dia ‘kebas’ kebanyakan duit ‘show’ dan royalti kami yang mencecah ribuan ringgit.

    “Apabila kami meminta hak kami pelbagai alasan diberi, antaranya dapat cek tendang dan belum dapat bayaran. Beberapa kali kami kesan penipuannya, antaranya kami kesan surat mengatakan pembayaran dimasukkan ke akaunnya, tetapi dia beritahu belum dapat bayaran,” katanya.

    Menurut Abdul Halim, dua komputer riba anggota Devotees bernilai kira-kira RM5,000 turut dikebas.

    “Kami turut menjadi sasaran pihak yang dia berhutang. Antaranya, kami pernah menempah baju di sebuah butik, tetapi wang yang kami beri dikebas, menyebabkan pemilik butik itu meminta bayaran daripada kami,” katanya.

    Selain Abdul Halim, Devotees dianggotai Adi Akmal Sehrom, Ahmad Shauqi Abu Kasim dan Mohammad Mohd Tawil.

    KUMPULAN NASYID NICE

    MEWAKILI tiga lagi anggota Nice, Mohd Izwan, 21, berkata pengalaman ditipu dan dipermainkan Mr S sangat banyak.

    “Sebelum rahsia terbongkar, Mr S mengaku anak orang kaya. Kami selalu dipaksa ikut dia membeli-belah. Kami lihat dalam tempoh sehari, berkali-kali dia mengeluarkan wang di mesin ATM dan kehidupannya mewah,” katanya.

    Mohd Izwan berkata, Mr S banyak membuat janji palsu, antaranya album NICE ada pembeli tetap untuk 50,000 unit, justeru dia membayangkan Nice akan memperoleh pendapatan lumayan, namun janji itu dusta semata-mata.

    “Satu lagi penipuan yang dibuat, dia beritahu album Nice siap sepenuhnya pada Jun 2007, tapi dia tunda dan banyak kali beri tarikh palsu untuk pelancaran.

    “Apabila disiasat, rupa-rupanya perbincangan belum dibuat dengan syarikat pengedar album. Namun pada Februari 2008, kami berjaya juga lancarkan album, itupun selepas dia disingkir daripada syarikat kami bernaung,” katanya.

    Menurut Mohd Izwan, selepas Mr S disingkir dan menghilangkan diri, Nice mampu ‘bernafas’ kembali dan berusaha bangkit semula.

    “Kami dalam proses pembungkusan semula album dengan penambahan tiga lagu baru. Kami juga baru selesai fotografi bersama Epilogue Creation di sekitar Bandar Melaka dengan tajaan penuh syarikat itu.

    “Kami turut mendapat tajaan pakaian selama setahun daripada Smartmaster Suit dan The Grass Jeans,” katanya.

    Selain Mohd Izwan, Nice dianggotai Wan Mohd Taqiuddin, 23, Muhammad Afiq Hamdan, 21, dan Muhammad Safwan, 19.

    KUMPULAN INFINATEZ

    ANGGOTA Infinatez, Mohd Andi Ariffin Merican atau Andy, 26, mengakui tersalah pilih syarikat untuk bernaung kerana tidak tahu latar belakang Mr S.

    Andy berkata, mereka terpedaya dengan janji manis Mr S sehingga tertarik bernaung di bawah Mr S yang menubuhkan syarikat Euphonious Entertainment (M) Sdn Bhd.

    “Selepas beberapa bulan bernaung di bawah Mr S, satu demi satu rahsianya terbongkar. Selepas menemui beberapa mangsanya, baru kami tahu Mr S penipu.

    “Pernah satu ketika, ketika mahu bersemuka dengannya, dia lari menerusi bumbung rumah dan ketika itu kami dapat banyak bahan bukti dia penipu. Namun, bukti itu hilang selepas dia suruh beberapa orang mencurinya semula,” katanya.

    Menurut Andy, Mr S menggunakan nama Infinatez untuk memperdaya beberapa individu.

    “Mr S menggunakan nama kumpulan kami dengan taktik kononnya dia ada beberapa projek besar membabitkan Infinatez yang pasti memberi pulangan berganda.

    “Akibatnya ada yang tertipu, antaranya rakan ibu saya yang memberi Mr S RM100,000 untuk projek palsu dijanjikannya,” katanya.

    Andy berkata, berdasarkan maklumat diterima, Mr S aktif melakukan penipuan dan perkara paling dibimbangkan adalah Mr S menggunakan nama Infinatez untuk menipu.

    Justeru, katanya, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya meletakkan amaran mengenai Mr S di forum laman web Infinatez di alamat http://www.infinatez.com.

    PEMILIK NAZZ MUSIC ENTERTAINMENT, NAZRI ABDUL RAHMAN, 37

    “PENGALAMAN mengenali penipu ini akan dijadikan pengajaran yang tidak mungkin dilupakan seumur hidup saya,” kata Nazri.

    Menurutnya, Mr S banyak menipunya sehingga dia menanggung beban tekanan dan hutang.

    “Saya setuju melabur pada asalnya untuk projek pembelian tanah di Pulau Tioman bagi pembinaan chalet, tetapi tanah entah ke mana, dia datang dengan projek baru. Dia maklumkan kepada saya mengenai rakan kongsi di DME Production (Kumpulan Devotees) sebelum menubuhkan Nazz Music Entertainment (Nazz Music).

    “Sebagai rakan kongsi, modal sepatutnya dikeluarkan kedua-dua pihak. Saya keluarkan modal awal RM100,000 dan untuk modal daripada dia, dia beritahu akan beri selepas mendapat royalti kumpulan nasyid Devotees RM150,000, tetapi apabila disiasat, royalti itu ‘dikebasnya’.”

    Nazri berkata, dia mengeluarkan modal sejak Jun 2006 tetapi pejabat ‘tak nampak bayang’ hinggalah pada Mac 2007, pengubahsuaian mula dibuat dan pejabat mula beroperasi April 2007.

    “Saya memberi RM70,000 untuk pendahuluan pembelian rumah bagi kegunaan artis dan kakitangan syarikat, tetapi duit tidak tahu ke mana. Apabila rahsia terbongkar, rupa-rupanya rumah diduduki hanya rumah sewa, malah ia diubahsuai sehingga memberi keuntungan kepada tuan rumah.

    “Sehingga September 2007, saya mengeluarkan kos lebih RM400,000 dan menuntut dia pula keluarkan modal. Bagaimanapun dia maklumkan pihak Nazz Music akan dapat pendahuluan royalti daripada EMI Music sebanyak RM150,000, tetapi rupa-rupanya dia hanya buat cerita palsu,” katanya.

    Menurut Nazri, bagaikan mahu menghabiskan semua wangnya, dia memberi harapan baru kononnya mendapat kontrak pasaran dan promosi album Nice di Indonesia menerusi perjanjian dengan syarikat penerbitan terkenal, MD Entertainment.

    Bagaimanapun, katanya, Mr S memberitahu perlu mengeluarkan modal sehingga RM300,000.

    “Mr S meminta RM300,000 sebagai sebahagian daripada kos percetakan cakera padat yang akan dihantar ke Indonesia. Mr S memberitahu dalam tempoh 45 hari selepas kontrak ditandatangani, pihak MD Entertainment akan membayar 50 peratus daripada jumlah RM7.5 juta sebagai wang pendahuluan royalti pengedaran album di Indonesia.

    “Kerana pulangan dijanjikan lumayan dan saya perlu suntikan modal untuk perniagaan saya yang banyak digunakan untuk melabur di dalam Nazz Music, saya serah RM300,000 kepadanya secara berperingkat,” katanya.

    Nazri berkata, bagi meyakinkannya, Mr S serahkan salinan kontrak yang ditandatangani antara Mr S dengan Jamal Hassan dari MD Entertainment.

    Bagaimanapun, katanya, selepas 45 hari, wang dijanjikan tiada dan Mr S pula menghilangkan diri.

    “Saya menghubungi Jamal Hassan dari MD Entertainment dan syarikat percetakan terbabit, tetapi mereka menafikan sebarang urus niaga dengan Nazz Music, malah tidak mengenali Mr S.

    “Kerana penipuan itu saya berjaya gugurkan dia sebagai ahli lembaga pengarah dan memindahkan saham dia yang dia tak keluarkan satu sen pun kepada rakan. Namun, dia pandai putar belit fakta dan melagakan saya dengan rakan kongsi baru sehingga meletakkan keadaan saya yang menipu dan saya yang buat apa yang dia buat selama ini,” katanya yang percaya Mr S mengamalkan ilmu hitam.

    Menurut Nazri, dia sekali lagi tertipu apabila Mr S mendakwa Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa, Indonesia bersetuju memberi lagu untuk Nice.

    Katanya, Mr S mendakwa mempunyai hubungan baik dengan Ahmad Dhani.

    “Saya keluarkan wang sehingga RM15,000 kepada Mr S, tetapi Mr S beritahu kononnya Ahmad Dhani minta RM30,000, walhal RM15,000 itu dia kebas.

    “Kes itu sama juga seperti perancangannya untuk NICE berduet dengan penyanyi, Nash. Saya bayar RM7,000 kepadanya apabila dia beritahu Nash bersetuju, tetapi saat-saat akhir dia beritahu Nash minta RM17,000 pula, walhal dia yang minta jumlah itu,” katanya.

    Menurut Nazri, Mr S turut bertindak seperti samseng apabila menceroboh pejabatnya bersama 10 ‘orang upahan’.

    “Ketika itu saya di luar negara kerana urusan perniagaan dan hanya seorang kakitangan ada di pejabat. Mr S mengambil alih pengurusan syarikat seketika dan mengambil dokumen penting syarikat untuk menghapuskan bukti.

    “Bagaimanapun apabila saya pulang, dengan bantuan polis saya berjaya ambil alih semula syarikat,” katanya yang membuat sekurang-kurangnya tiga laporan polis untuk penipuan dan tindakan ala samseng dilakukan Mr S.

    USAHAWAN, AZMAN, 28

    AZMAN adalah mangsa terbaru Mr S. Menurut Azman, dia mengenali Mr S selepas pemuda itu menemui ibu bapanya untuk menyewa rumah.

    “Ibu bapa saya mengiklankan sebuah rumah kami untuk disewakan. Mr S menemui ibu bapa saya untuk menyewa rumah itu.

    “Ketika bersembang, Mr S mempelawa saya membuka sebuah syarikat menguruskan acara dan dia bercerita mengenai kisah kehebatannya menguruskan beberapa projek dan artis,” katanya.

    Azman berkata, tertarik dengan janji manis Mr S dia bersetuju menjadi rakan kongsi Mr S dengan menubuhkan sebuah syarikat.

    “Kerana terlalu mempercayainya, saya serahkan RM20,000 kepadanya untuk membuka syarikat.

    “Selepas membuka syarikat, Mr S beritahu dia mendapat kontrak menguruskan acara untuk sebuah syarikat di utara tanah air, hujung tahun lalu, membuatkan saya bertambah yakin terhadapnya,” katanya.

    Menurut Azman, untuk acara itu, Mr S memberitahu dia mendapat tajaan dan syarikat hanya perlu mengeluarkan wang dalam jumlah sedikit.

    “Acara berjalan lancar, tetapi selepas itu banyak pihak menuntut hutang daripada saya. Pengangkutan tidak dibayar, penginapan tidak dibayar, sistem audio tidak dibayar dan artis yang membuat persembahan juga tidak dibayar.

    “Jumlah hutang berkenaan semuanya RM57,000. Saya cuba mencari Mr S, tetapi dia menghilangkan diri,” katanya yang yakin Mr S menggunakan ilmu hitam.

    PENSYARAH, MAHU DIKENALI SEBAGAI DR ZAMRI, 57

    PEMBABITAN Dr Zamri bermula ketika Mr S menubuhkan Devotees. Menurut Dr Zamri, beliau dipelawa menjadi rakan kongsi Mr S untuk menaikkan nama kumpulan nasyid itu.

    “Mr S berjanji perkongsian modal sebanyak 50-50. Saya memberinya RM30,000, tetapi dia tidak mengeluarkan satu sen pun.

    “Malah, dia menyuruh saya memasukkan wang itu ke dalam akaunnya dan bukan akaun syarikat. Saya menyuruhnya membuka akaun syarikat, tetapi dia berdolak dalik dengan pelbagai alasan,” katanya.

    Dr Zamri berkata, dia terlalu percayakan Mr S sehingga berhabis RM160,000 untuk penerbitan album Devotees.

    “Jika diikutkan, jumlah itu terlalu besar. Bukan saja wang tunai, tetapi kad kredit saya turut digunakan Mr S.

    “Kesudahannya saya kehabisan wang simpanan dan menanggung hutang. Selepas saya mengetahui tembelangnya, Mr S menghilangkan diri,” katanya yang membuat laporan polis.

    Posted by: Berita Terkini | Mac 23, 2009

    Ali Rustam sepatutnya boleh bertanding!

    H Fansuri
    Sun | Mar 22, 09 | 12:53:53 pm MYT

    (Ketika menulis ini, saya terbaca laporan berhubung tindakan PAS Melaka membuat laporan polis ke atas Ali Rustam. Oleh sebab saya bawa jalur fikiran yang boleh diperhitung sebagai fikiran yang berlawanan arus dengan PAS di negeri itu, maka saya berharap agar perbezaan ini tidak melibatkan sengketa apa-apa yang luar biasa hendaknya. Insya Allah)

    Ada suatu perkara yang kita tidak suka menyebutnya, tetapi kita rasa terpaksa menyebutnya. Ada hal yang kita tidak mahu melakukannya, tapi kita terdesak dan terpaksa melaksanakannya juga setelah kita memikirkan hal itu semasak-masaknya. Orang putih memanggil hal ini sebagai ‘DILEMA’.

    Dan inilah dilema saya yang terbaru. Saya tidak bersetuju Ali Rustam tidak bertanding. Saya tak setuju dia digugurkan dan saya lawan sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk tidak membenarkan Ali bertanding.

    Orang-orang Umno Melaka adalah WAJIB melawan keputusan Lembaga Disiplin Umno ini walaupun mereka tidak lagi diupah oleh Ali Rustam untuk membela dirinya, Umno yang bukan dari Melaka adalah di’sunat-muakkad’kan untuk mempertahan pendirian Ali Rustam untuk bertanding jawatan tersebut.

    Malah, bukan sahaja mereka perlu pertahankan, tapi harus, wajib dan sunat muakkad ke atas mereka untuk asak Ali Rustam untuk terus bertanding merebutkan jawatan tersebut walau dengan apa cara sekali pun. Kalau mahu diceritakan apakah dalil yang mewajibkan tindakan itu, nanti jadi macam cerita Hikayat 1001 Malam pula.

    Hukum sunat muakkad adalah sejenis pahala sunat yang menghampiri wajib. Tak diketahui apakah pahalanya itu menyamai pahala bersunat anu. Tapi, kalau saya diberi kuasa mukjizat seperti Nabi Musa yang membelah Lautan Merah dan saya diberikan keizinan oleh Tuhan dengan ‘wahyu’, nescaya saya akan membelah anu dan menyunatkan semua penyokong jantan Umno Melaka sekali lagi agar mereka benar-benar lebih jantan.

    Untuk apa disimpan anu jikalau tidak diapa-apakan? Jangan hanya menyinga di Mongolia dan Port Dickson saja. Simpan buat apa darah di urat merih jika tidak ditumpahkan di bumi Melaka yang amat terkenal dengan lagenda Hulubalang Hang Tuah?

    Selain hulubalang itu, hanya hulumangkuk dan mangkuk hayun sahaja yang tidak berani mempertahan Ali Rustam dengan darah dan air mata. Sekarang Ali Rustam boleh mengukur siapakah yang paling setia kepada beliau ini. Jika ada yang berdiam atau hanya berani bersuara, tapi tidak bertindak bermandi darah, itu bukan penyokong beliau yang setia. Mereka mungkin hanya berlakon di depan Ali Rustam sahaja.

    Malah, mereka yang bukan Umno harus bangkit menentang sikap batil si Ali Rustam yang redha dengan keputusan Lembaga Disiplin Umno ini. Apa salahnya Ali Rustam? Dia sama seperti orang lain yang ingin bertanding.

    Niat bertanding itu sah dalam negara demokrasi. Niat melawan Najib sebagai PM jika Ali menjadi TPM, itu pun belum tentu lagi. Kalau melawan secara demokrasi pun apalah salahnya. Yang boleh didebatkan ialah rampasan kuasa dan tindakan ‘melarikan’ Dun seperti di Perak.

    Jika menang, ada kemungkinan Ali akan turut saja kepada kemahuan Najib. Tapi, mungkin dia akan rampas kuasa juga. Bagaimanapun, itu cuma niat terpendam. Niat bukan boleh dihukum sebagai jenayah. Niat berzina di Port Dickson dengan penyanyi, tak boleh dihukum. Itu niat jahat. Ia bukan jenayah dan berdosa untuk dihukum.

    Lagi pun, kadangkala niat itu boleh tergendala. Misalnya, baru saja mahu mendakap tubuh artis itu tiba-tiba pegawai penguatkuasa datang membuat serbuan di Port Dickson itu. Jadi, terbatal pula niat tadi.

    Itu berbeza dengan niat berbuat kebaikan. Niat sahaja sudah beroleh pahala, apatah lagi kalau sudah amalkan perbuatan baik itu. Jika buat jahat, niatnya tak terhitung sebagai dosa. Tetapi, setelah berlaku kejahatan, baru amalan jahat ia diperhitungkan sebagai dosa. Dan niat jahat masih kekal sebagai niat dan bukan dosa.

    Ali layak bertanding
    Beliau sah bertanding dan beliau menerima pencalonan yang melayakkannya bertanding menurut hukum-hakam yang dicipta oleh Umno sendiri. Setidak-tidaknya Umno perlu hormat kepada hukum-hukam mereka sendiri, baru orang ramai akan hormat kepada mereka, walaupun hukum Tuhan sudah lama mereka bakulsampahkan.

    Saya sokong Ali Rustam bertanding bukan kerana nama kami sama. Saya bukan mahu membodek dan mengampu Ali. Saya jauh di Kedah, utara tanahair sedangkan Ali Rustam di Melaka. Saya bukan mahu mohon tanah di Melaka. Saya pun bukan mahu mohon menjadi ahli Umno daripada Ali Rustam supaya saya dapat projek.

    Jika ada pun persamaan antara kami, maka hal itu terjadi sebab kami pernah belajar di universiti yang sama. Jadi, saya harap Ali Rustam dan khalayak ramai faham maksud saya.

    Keduanya, Umno bukan parti berteraskan agama. Tapi, oleh kerana Umno dirujuk sebagai parti Melayu di negara ini dan Melayu beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan, maka adalah keperluan jika sesekali menoleh ke arah kiblat agama dalam usaha menyelesaikan perbalahan sengketa antara Najib, Muhyiddin dan Ali.

    Saya yakin dengan keislaman Najib, Muhyiddin dan Ali Rustam. Jangan cabar keyakinan yang tumbuh merendang di jiwa saya. Keislaman mereka ini belum ditendang walaupun mereka banyaklah membuat huru-hara dalam negara kita sebelum ini.

    Saya meyakini bahawa tindakan membunuh Altantuya dari Mongolia dengan bom C4, menjual tanah di Johor kepada warga Yahudi Singapura dan memberi rasuah beribu-ribu kepada orang Umno tidak menggugurkan keislaman Najib, Muhyiddin dan Ali Rustam.

    Lojik akal
    Untuk memahami kaedah ini, mari kita guna lojik akal sekali-sekala. Di universiti dulu, memang banyak betul kes-kes tangkap basah, khalwat di dalam bilik tutorial.

    Oleh kerana bilik berita akhbar Berita Kampus kerap menyala di tengah malam kerana kami bertungkus-lumus menyiapkan akhbar, maka pengawal keselamatan kerap juga bertandang, bersembang-sembang dengan kami.

    Salah seorang daripada pengawal keselamatan in memang agak nakal sedikit macam saya juga. Pada suatu malam dia bercerita mengenai jumlah siswa siswi yang pernah ditangkap ketika sedang melakukan aksi ‘ganas’ dalam bilik tutotial pada waktu malam. Dekat puluhan juga kes seumpama ini!

    Itu baru dalam kampus, kalau luar kampus? Pelajar asing, Minah dan Mat Salleh yang belajar di sini, itu tak masuk dalam perhitungan lagi. Tetapi, semuanya terpaksa dilepaskan.

    “Kenapa abang lepaskan?” saya bertanya. Jam ketika itu sekitar 3 pagi.

    “Aku kesian tengok depa..” kata abang pengawal itu. Kemanusiaannya masih hidup dan beliau tak sampai hati mahu menangkap mereka dan membawa mereka kepada HEP.

    “Tetapi kalau kasihan begitu tak kena caranya bang,” saya membantah secara halus, meminta dia teliti semula sikapnya kalau terpaksa berhadapan semula dengan perkara itu lagi.

    “Masalahnya, kalau tertangkap basah, mereka terus dibuang universiti,” katanya lagi. “HEP gunakan Auku untuk buang mereka daripada pengajian.”

    Agak menggelikan hati, ketika pengawal itu menyatakan bahawa yang salah itu adalah anunya dan bukan otaknya ketika kesalahan itu berlaku. Saya termenung beberapa kali.

    Jika mahu ditafsirkan dan dihujahkan lagi, memanglah akal pun bersalah juga kerana gagal mengawal keinginan tetapi dari sudut lain, kita terfikir juga begini..

    Mahasiswa itu dimasukkan di dalam kampus dengan sebab geliga otaknya berdepan dengan soalan SPM, STPM serta soalan peperiksaan ketika menuntut di Matrikulasi.

    Jadi, kalau mereka mahu disingkirkan pengajian haruslah dengan sebab akalnya yang sudah ‘jam’, beku dan tak berfungsi dengan baik. Mereka mungkin sudah letih, malas dan bosan belajar, lalu mereka meninggalkan kampus dengan sebab ketidakmampuan akal bekerja keras menampung isi kuliah lagi. Itu lebih baik.

    Apa salahnya ‘anu berlaga’ sehingga pengajiannya dibuang dari universiti? Mereka bersalah kerana melakukan ‘perlagaan anu’ sebelum termeterai ikatan perjanjian nikah. Itu sahaja. Carilah hukuman lain.

    Kalaulah ada pasangan suami isteri yang sudah berkahwin, seberapa kerap dan beberapa kali anu dilagakan pun tiadalah tertakluk dosa perlagaan anu itu di dalam kitab perlembagaan Auku. Inilah antara kelembapan kaedah berfikir HEP. Bengap sungguh!

    Damaikan sengketa
    Menurut al-Quran (surah al-Hujurat), kita mesti damaikan sengketa antara dua pihak yang bertelagah. Najib, Muhyiddin dan Ali Rustam perlu berlapang dada dalam soal politik. Justeru, tulisan ini sekadar usaha kerdil untuk kononnya mendamaikan mereka yang merebut jawatan itu.

    Ali Rustam memang patut dihukum atas kesalahannya itu. Tetapi, hukumannya bukanlah dengan tidak membenarkan beliau bertanding. Ada hukuman lain yang lebih setimpal. Seperti itu, siswa siswi yang beraksi gelap dalam bilik tutorial. Mereka perlu dihukum.

    Tapi dengan kebijaksanaan, lembut hati pengawal keselamatan, mereka melepaskan mereka itu kerana hukumannya tidak betul; buang universiti. Memang tepat tindakan dan sikap pengawal keselamatan itu. Untuk apa dihukum kalau hukuman itu tidak adil!

    Ali Rustam perlu dihukum. Tapi, hukumannya bukan dengan tidak mengizinkan dia bertanding. Adam dikeluarkan daripada syurga sebagai hukuman. Tapi, adakah amanah dan ‘jawatan’ baginda sebagai khalifah ditarik?

    Najib dan Muhyiddin perlulah jujur. Janganlah kerana enggan persaingan dan membuang ‘legasi’ Pak Lah, maka Ali Rustam diperlakukan sebegitu rupa. Jangan diperalatkan Lembaga Disiplin dalam hal ini.

    Orang-orang Yahudi, dalam kitab ekonomi mereka mewujudkan monopoli dalam perniagaan. Ini berlaku kerana, Yahudi tidak sukakan sebarang persaingan dalam pasaran. Sedangkan, memang itulah sifat pasaran. Ia terbuka dan dengan sebab itulah persaingan pun wujud. Persaingan sebenarnya adalah sesuatu yang sihat dan menyihatkan. Ia akhirnya menguntungkan pengguna dan orang-ramai.

    Dalam kitab politik Umno, jangan memonopoli juga jawatan-jawatan tertentu sehingga menutup ruang peluang pihak lain untuk bertanding dan bersaing secara sihat. Saya bukan diupah oleh Abdullah Ahmad Badawi dan Ali Rustam ketika menulis ini. Saya menulis menurut kejujuran saya terhadap fikiran saya sendiri.

    Mantan Ketua Menteri Melaka Rahim Tambi Chik pun apa kurangnya dalam masalah skandal beliau yang lama dulu? Tetapi, boleh pula bertanding. Jadi, Najib dan Muhyiddin perlulah jujur dalam permainan politik. Janganlah kerana takutkan persaingan maka mahu dimonopoli pula jawatan itu.

    Kenapa dengan tiba-tiba, Najib dan Muhyiddin menjadi orang soleh dan terlalu warak hingga mereka tergamak membuang Ali Rustam dengan menggunakan lembaga yang kononnya mahu mendisiplinkan ahli-ahli Umno?

    Umno Melaka perlu bermandi darah!
    Saya harap, Umno Melaka dapat membuat sesuatu tindakan drastik yang berbentuk amalan di luar kebiasaan Umno selama ini. Sesekali, ambillah semangat si Jebat, buatlah huru-hara, bikin demo di PWTC menjelang hampirnya Perhimpunan Agung Umno kelak.

    Bukankah tembok keangkuhan Malayan Union rebah melalui aksi demo pada 1946? Bukankah Tunku Abdul Rahman turun ke Bandar Hilir Melaka apabila pulang dari London? Bukankah watak-watak Bugis (Bukan semua. Tepatnya Bugis glokal) yang banyak bikin onar dalam Tanah Melayu ini? Nyahkanlah si dia sahaja.

    Walaupun akhbar masih lagi meneruskan laporan yang menyatakan Ali Rustam boleh menerima hakikat itu dengan hati terbuka dan lapang dada, tapi kenapa Ali Rustam masih merayu supaya dipertimbangkan untuk bertanding merebutkan jawatan?

    Maksudnya, jauh dalam lubuknya hatinya yang hitam paling dalam, Ali Rustam mempunyai cita-cita besar untuk bertanding lagi. Takkan Umno Melaka tidak nampak hal ini?

    Panel Rayuan Umno akhirnya menolak rayuan Ali bagi mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin. Apakah lembaga ini betul-betul bertenaga atau ia wujud dalam perundangan Umno, masih boleh didebatkan lagi. Apa yang Umno Melaka perlu ialah sedikit keberanian melonjakkan kebenaran.

    http://www.harakahdaily.net

    Posted by: Berita Terkini | Mac 23, 2009

    Wujud 2 undang-undang rasuah di Malaysia!

    Sebaliknya kalau tuduhan dibabitkan pemimpin Pakatan Rakyat atau pegawai kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat.

    Pesuruhjaya PAS� Pahang, Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasar kepada amalan di negara ini sekarang� kelihatan dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin Umno seperti dikecualikan daripada dikenakan tindakan.

    “Buktinya dapat dilihat apabila rasuah�yang berlaku dalam Umno dianggap tidak menjadi satu kesalahan, sebaliknya kalau berlaku membabitkan orang lain tindakan segera diambil.

    “Mana ada negara mempunyai dua undang-undang mengenai rasuah seperti di Malaysia. Biar pun mereka cuba menggunakan istilah rasuah politik namun kesalahan tetap sama,� katanya pada ceramah di Kampung Gong Penaga dekat sini, baru-baru ini.

    Baru-baru ini, Lembaga Displin Umno memutuskan Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah� mengamalkan politik wang ketika kempen merebut jawatan utama dalam Umno sempena Perhimpunan Agung parti tu bermula minggu ini.

    Naib Presiden Umno itu sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

    Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Kamal Saari berkata, politik wang dan rasuah merupakan kesalahan yang sama kerana ia melibatkan pemberian wang bagi memenangkan jawatan yang ditandingi.

    Katanya, kesalahan tersebut begitu besar dan tidak pula disiasat SPRM biar pun banyak pihak membuat laporan kepada badan itu terhadap kesalahan yang dilakukan Mohd Ali.

    Tuan Ibrahim juga berkata. Dato’ Seri Najib Razak dikatakan agak kelam kabut memandangkan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi menetapkan tarikh penyerahan tugas.

    “Saya difahamkan sudah tiga kali Najib bertemu Abdullah bagi mendapatkan tarikh penyerahan kuasa,” katanya.

    Menurutnya bakal perdana menteri kini dihantui banyak masalah peribadi termasuk dakwaan sebuah akhbar di Perancis, di mana Najib dilaporkan mengenali Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini.

    Kata beliau Pemuda Umno sepatutnya berarak ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menghantar memorandum bantahan terhadap penyiaran berita tersebut sekiranya Timbalan Perdana Menteri benar-benar tidak terbabit.

    Beliau juga berkata, imej Najib tambah teruk apabila beliau dikatakan menjadi peneraju utama kepada ‘rampasan’ kuasa di Perak sehingga menyebabkan wujudnya dua kerajaan di negeri itu sekarang.

    “Ekoran tindak tanduk pemimpin terbabit menyebabkan suasana politik di Perak tidak lagi aman melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri,”

    http://www.harakahdaily.net

    Older Posts »

    Kategori